PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, November 19, 2008

VIRUS POLITIK WANG MENYERANG UMNO LAGI?



  • Assalamu`alaikum .... Du`at yang dikasihi...

  • Para du`at perlu memahami maksud sebenar politik wang. Apa itu politik wang? Kenapa bila tiba sahaja musim pemilihan UMNO, masalah atau perkataan politik wang akan terpampang di dada-dada akhbar. Orang itu terlibat... Orang ini terlibat...

  • Politik wang adalah rasuah le bang ooiii. Tetapi ia diberi nafas baru kerana budaya tak sihat dan tak soleh ini akan beroperasi secara liar dan tidak terkawal apabila menjelang perhimpunan agung Umno. Jadi untuk mengelak daripada dijerat dan disiasat oleh BPR, kalimah politik wang digunakan. Apabila terdapat sahaja aduan berkaitan dengan politik wang dalam UMNO, maka Jawatankuasa Disiplin parti yang diketuai oleh Tengku Rethauddin akan menyiasat bukannya BPR. Pelik tapi benar. Inilah yang berlaku di hadapan kita.

  • Saya secara peribadi naik `lemas perut` dengan budaya rasuah yang berlegar dalam urusan politik dan business. Budaya ini sudah sampai ke tahap yang amat-amat kritikal dan susah untuk ditangani. Umat melayu akan dipandang hina jika sekiranya budaya rasuah terus menerus beroperasi dengan ganas dalam UMNO kerana sehingga hari ini pemimpin UMNO terus mengatakan bahawa UMNO pembela melayu dengan slogan hidup melayu mereka. Oleh itu, apabila UMNO dihina kerana rasuah secara tak langsung tempiasnya terkena kepada orang melayu juga.

  • Saya ada menulis satu artikel berkaitan dengan budaya rasuah ini dalam buku saya, ORANG MASJID KONTEMPORARI di bawah tajuk Rasuah Keliling Pinggang. Saya rasa elok sekiranya kita semua mengambil manfaat daripada artikel ini untuk kita sama-sama membebaskan diri kita dari belenggu rasuah ini.

  • RASUAH KELILING `PINGGANG`

    Sekacip pinang

    Rasuah….rasuah… Biasanya kita sebut hutang keliling pinggang. Tapi kini, rasuah bermaharajalela. Ada di sekeliling kita. Ada di mana-mana. Pusing kanan ada rasuah…. Pusing kiri ada rasuah .. nak dongak ke atas sikit, kena bagi rasuah.. Tak nak bagi rasuah, kerja tak jalan…Tak ambil rasuah, orang lain dapat… Tak nak ambil rasuah, orang lain pelawa , suruh ambil jugak-jugak.. kasi hadiah sama anak-anak.. Ini upah pasal lu tolong gua…Pi Jabatan tu ada rasuah.. Pi Jabatan ni ada rasuah.. Nak naik kapal terbang pun kadang-kadang kena bagi rasuah.. Nak dapat tambang murah, kena bagi rasuah. Pi pejabat swasta pun ada rasuah.. Nak dapat kerja di kilang-kilang pun kena bagi rasuah.. Apatah lagi nak naik pangkat, silap haribulan kena jaga dan kena bagi rasuah kepada pihak-pihak tertentu.... Nak cepat dalam satu-satu urusan, kena bagi rasuah... Bila bagi saja.... kerja sebulan boleh selesai dalam seminggu... Rasuah ada di merata-rata tempat. Rasuah ada di pusat-pusat pengajian tinggi?. Rasuah ada di sekolah ?. Rasuah ada di pejabat-pejabat kerajaan? Rasuah berlegar di kawasan lapangan terbang.. Dari mula memohon tanah, rasuah diberi?. Menukar syarat tanah, rasuah diberi ?. Mendapatkan Certificate Of Fitness, rasuah diberi?. Sampai kepada siapakah yang harus menghuni rumah, rasuah juga diberi?. Rasuah ada di merata-rata tempat. Rasuah berlaku juga dalam urusan jual beli hartanah.. urusan kontrak dan juga projek kerajaan? Rasuah berlaku dalam urusan lelongan ?. Rasuah juga berlaku dalam urusan pernikahan? Tak mustahil juga, rasuah boleh berlaku dalam urusan agama.. Rasuah juga boleh berlaku dalam masjid..

    Rasuah boleh juga berlaku dalam keluarga kita tanpa disedari. Rasuah berlaku dalam urusan pendidikan anak-anak. Rasa gerun juga sekiranya rasuah masuk dalam rumah tangga kita. Astaghfirullahal`azim... No Money No Talk.. Segala-galanya mesti ada balasan atau mana dia `consideration`nya walaupun dialah yang punya tanggungjawab.. Ada juga yang berpandangan, `La ni , dalam dunia la ni , kalau hang tak bagi sikit atau hang tak hulog kat depa, pakai hang dok kelupog soghang-soghang hang la`... `Nak hidup bang... nak buat macam mana` ... ` Aku dapat nanti, projek tu, aku buat la kenduri kat masjid, teghok nak dapat gheja la ni.. duit lebih tu aku sedekah .. aku derma kat wisma anak yatim`... Tuuu diaaa .. duit rasuah meresapi dalam program kebajikan... Tak mustahil, duit rasuah juga digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah... Berkat kot no!!! Ada juga yang menggunakan duit rasuah untuk membeli rumah baru atau memperbesarkan rumah kediaman.. Dia kira nak hidup ja, mati dia tak ingat. Bila-bila masa pun boleh mai. Nak minta tolong `timbang barang` di lapangan terbang pun, kadang-kadang kena bagi rasuah... Pening kepala dibuatnya. Alahai... Rasuah... rasuah... Dalam dok jaga-jaga.. tak mau amalan rasuah masuk atau hinggap dalam kamus atau diari seharian kita ... tengok-tengok dok ada di tepi dah.... Nasib baik tak masuk lagi... Astaghfirullahal`azim.... Mungkin dah jadi darah daging sebahagian besar masyarakat kita kot...

    La ni tak kan kita nak tengok saja kot.. Tak kan kita nak tumpang semangkok kot . Tak kan kita nak libat kot . Tak kan nak join sekaki kot. Mana peranan kita sebagai pendakwah ? Mana peranan kita sebagai hamba Allah? Mana peranan kita sebagai penyebar risalah Islam ? Mana ilmu yang kita mengaji masa sekolah agama dulu? Mana identiti kita sebagai orang mukmin?

    Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) baru-baru ini menunjukkan rasuah masih bertapak dalam hati rakyat Malaysia. Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke 39 untuk tahun 2005 dan 2004; serta tangga ke 37 untuk 2003. Begitu juga dari segi peratusan mata yang dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibanding 5.1 peratus untuk 2005; 5.0 peratus (2004) atau 5.2 peratus (2003) . Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30. Saya tak bermaksud, saya menyokong mereka. Tapi, sebagai perbandingan. Jiran kita,Singapura pula berada di tempat ke 4 dan ke 5 terbaik di dunia.! Malu la kita pada Singapura. Dulu, Singapura sebahagian daripada Malaysia. Kini, Singapura lebih baik dan lebih maju daripada Malaysia.

    Persoalannya di sini ialah mengapa masyarakat dan para penganalisa menganggap suasana rasuah semakin meningkat di Malaysia? Adakah mereka menganggap urusan pentadbiran di sektor awam dan swasta tidak berada pada tahap yang sewajarnya? Apakah tahap integriti sektor perniagaan dan pentadbiran negara tidak begitu bagus sehingga mereka menganggap rasuah yang juga ada kaitan dengan masalah pentadbiran negara ini begitu meruncing di negara kita?

    Memang diakui oleh kita semua, gejala rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semakin bertapak di Malaysia baik dalam pihak pentadbiran kerajaan sebagai penerima rasuah ataupun pihak korporat dan awam sebagai pemberi rasuah. Betul ke ni ? Nak kata betul, kadang-kadang rasa macam tak betul. Nak kata tak betul, tapi rasa macam betul. Hakikatnya memang betul, jangan berdolak dalih. Memang wujud gejala rasuah di negara ini. Rasuah semakin parah. Rasuah terus membarah . Kes atau skandal rasuah melibatkan pentadbir negara merata-rata.

    Cuba lihat kepada Laporan Audit Negara 7 September 2007 lalu. Dalam Laporan ini, Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya kepincangan dan rasuah di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan dalam menguruskan dana awam, termasuk pembelian 13 peralatan dan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran hingga kerajaan menanggung kerugian hampir RM8.39 juta. Bayangkan saudara, harga Technical Pens Faber Castell berharga RM1,146.56 1 set sedangkan harga pasaran RM 160.00 sahaja. Harga kamera digital Kodak DC4800 USA berharga RM8,254.00 1 set sedangkan harga pasaran hanya RM 2,990.00. Harga 2 tonne jack RM 5741.69 1 set sedangkan harga pasaran hanya lebih kurang RM 50.00 sahaja. Harga Philips Screwdriver RM 224.00 1 set. Sedangkan harga pasaran hanya RM 32.00 1 set. Harga pasu plastik 1 set RM 42.80, sedangkan harga pasaran hanyalah RM 5.20 sahaja. Alahai... kenapalah boleh jadi begini... Boleh musnah negara.

    Tahukah anda, rasuah adalah antara pencetus jenayah dan mengancam keselamatan negara. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tidak memberansangkan. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

    Rasuah ini bukanlah merupakan suatu bidang pekerjaan tetap si pengamalnya. Rasuah merupakan satu `budaya tidak soleh atau tidak sihat` yang berlaku setiap detik waktu. Rasuah adalah satu penyakit yang amat susah diubati. Rasuah pernah dikatakan sebagai salah satu profesion sambilan manusia yang mempunyai pendapatan secara pasif. Kadang-kadang pendapatan pasif ini melebihi daripada pendapatan tetap bulanan. Selain daripada itu, banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang terlalu mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan serta pendidikan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

komen saya cukup mudah dan senang....politik wang sememangnya makanan dan lauk pauk yg lazat bagi UMNO dari dulu, kini dan selamanya....ia serupa macam penyakit AID.....tiada penawar sampai sekarang....yg pasti tauke2 UMNO hanya pandai menempelak dan menangis air mata palsu utk menagih simpati atas kesilapan dr perbuatan mereka sendiri....nauzubillah hi min za lik

rosidi hussain said...

thanks a lot ... for your comments.. masalah umno cuba dipadamkan oleh cerita2 yoga dan sebagainya..

tq. for your support..