PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, November 09, 2008

SKUAD `PRIHATIN` PAS TAMAN BERTAM INDAH

Ini gambar Syazwan anak kepada En Menon yang kini belajar di Mesir.. Insya Allah ` seorang pendakwah terbilang `in making` ` .. Bantulah beliau.. Satu hari nanti, beliau akan bantu Islam .
Suami Pn Norbaya Husin baru sahaja meninggal dunia. Beliau terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk menyara 6 anaknya termasuk 2 orang anak istimewa. Pencen suaminya tidak memadai. Sedikit bantuan PAS Caw hulurkan minggu lepas.

Salam perjuangan... Para Du`at sekelian
Alhamdulillah... Lajnah Kebajikan dan Khidmat Sosial PAS Cawangan telah menubuhkan satu pasukan yang diberi nama SKUAD PRIHATIN. Pasukan ini diberi tanggungjawab mengenal pasti masyarakat yang amat-amat memerlukan bantuan, samada mereka yang tinggal di dalam kawasan mahu pun luar kawasan TBI. Pasukan ini diketuai sendiri oleh Tuan Setiausaha Sdr, Marzuki dan dibantu oleh Sdr Syukur (orang kuat kubur).


Anak istimewa Pn Norbaya..

Insya Allah dengan sokongan semua ahli, Skuad ini merancang untuk menyampai sumbangan dan bantuan setiap bulan atau kalau boleh setiap minggu.

Beliau menetap di alamat No 11A, Lorong Bertam Indah 1/2, Taman Bertam Indah


Jadi skuad ini amat berharap kepada mereka yang berkemampuan untuk menghulur bantuan samada dalam bentuk wang ringgit atau pun keperluan dapur, sila berhubung dengan Tuan Bendahari Agung, Tuan Hj Semperna di talian 012 4218096 atau Setiausaha Sdr Marzuki di talian 012 4309194.

Ini gambar 2 anak istimewa En Menon yang tinggal di kawasan Low Cost House, TBI. Beliau mempunyai seorang lagi anak yang telah memeluk Islam yang kini mendalami ilmu Islam di Mesir. Keluarga En Menon menjadi mad`uwin kita semua. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bantulah mereka....

Dua hari lepas, skuad ini sempat menziarahi beberapa keluarga Dhu`afaa (yang memerlukan bantuan) bersama wartawan Sinar Harian. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak permasalahan mereka ini diketengahkan untuk tatapan masyarakat.

Maksud hadith Nabi SAW... Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah...

Jom sama-sama buat kerja .. ikhlas kerana Allah Yang Maha Adil...

Wassalam..

2 comments:

Muhammad Syazwan said...

"PASTI KAMI AKAN MENGUJI KALIAN DENGAN SESUATU KETAKUTAN DAN KELAPARAN SERTA KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR" -Al-Baqarah:155-

pada masa yang sama ALLAH juga 'mengutuskan' beberapa orang hambaNYA untuk membantu...

semoga ALLAH membalas dengan yang terbaik....jasa anda akan dikenang semua :)

Wallahu 'alam......

rosidi hussain said...

Jazakallah...Syazwan kerana memberi semangat kepada kami.

Sama-sama kita melakukan amalan terbaik kerana Allah...

Insya Allah hari ahad ini, ana akan ke rumah ayah enta dan ambil gambar emak, ayah dan semua ahli keluarga enta..

Ana akan emailkan pada enta..
Doakan keislaman mereka..

Sabar banyak2 Syazwan Allah bersama kita semua.

Kita bukan ahli kelab NATO, No Action Talk Only...

Wallahu`alam....