PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, November 07, 2008

SIAPA AHLI DAN SEKUTU UTAMA `NATO`??

SIAPA AHLI DAN SEKUTU UTAMA `NATO` ???

Salam perjuangan...

Mungkin kita pernah mendengar perkataan NATO. NATO adalah North Atlantic Treaty Organisation atau dalam bahasa melayu bermaksud Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.
Ia merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara
Eropah dan Amerika Syarikat. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang. Negara-negara besar seperti Amerika syarikat, Itali, Perancis dan Jerman adalah ahli-ahli utama NATO.

Sebenarnya, apa yang saya nak berkongsi pandangan dengan para Du`at sekelian,`NATO` yang ber`inverted commas` di atas bermaksud No Action Talk Only. Cakap sahaja buat kerja tak jalan.

Sebagai peringatan untuk diri saya yang serba kekurangan ini dan para Du`at semua, cakap tak serupa bikin, Allah tak suka. Allah amat membenci kepada mereka mereka yang mengatakan sahaja tetapi mereka tak lakukan apa yang mereka katakan. Renung dan tenung-tenunglah ayat AlQuran dalam surah As Soff : 2-3.


Dalam satu hadith daripada Ibnu Umar Radiyallahu`anhuma.. telah bersabda Rasulullah SAW.. Maksudnya ..`Janganlah kamu semua bercakap banyak selain daripada mengingati Allah `Azzawajalla kerana sesungguhnya bercakap banyak itu akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah `Azzawajalla adalah mereka yang berhati keras. (Hadith Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga menempelak mereka yang suka komplen-komplen sahaja dan cakap-cakap kosong sahaja seperti sabdaannya ` Apabila berkata seorang lelaki itu, orang ramai sekarang ini telah rosak maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak
antara mereka`. ( Boleh rujuk kitab hadith Riyadhussolihin, Hadith Muslim).

Oleh itu, rakan-rakan sekelian, Janganlah kita mengisi borang menjadi ahli `NATO` mahu pun `Kelab Penyokong `NATO` atau pun sekutunyaaaaaaa.



1 comment:

rosidi hussain said...

Apabila meneliti Harakah keluaran 7-9 November dan Sinar Harian front page keluaran hari ini.. saya merumuskan, Para Du`at wajib bersedia dengan ilmu dan amal mantap serta mempunyai `self defence` yang kuat.