PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, November 01, 2008

Seorang pendakwah yang berdakwah melalui `qudwah hasanah` adalah lebih baik daripada 1000 pendakwah yang berdakwah melalui `maqal`

Salam kepada semua pendakwah......

Baru-baru ini saya menghadiri satu kuliah yang bertajuk `hakikat tasauf` yang disampaikan oleh seorang ulamak daripada Indonesia yang kini menetap di Mesir. Kuliah ini diadakan masjid At Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sheikh ini dikenali sebagai AlBentani. Ilmu yang disampainya amat menarik dan banyak tertumpu kepada bagaimana kita menjaga hati kita yang merupakan raja segala anggota kita.

Cuma pada kali ini, apa yang saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai satu ungkapan yang disebut oleh Sheikh ini berkaitan dengan dakwah dan akhlak pendakwah. Seorang pendakwah yang berdakwah melalui qudwah hasanah adalah lebih baik daripada 1000 pendakwah yang berdakwah melalui perkataan.

Bagi saya ucapan sebegini lahir daripada seorang yang ikhlas dalam kerja-kerja dakwah dan amat memahami suasana akhlak umat Islam pada ketika ini.

Sebagai muhasabah untuk kita semua... saya nak petik beberapa rangkap perkataan daripada buku saya iaitu ORANG MASJID KONTEMPORARI berkaitan dengan pendakwah dan tingkah laku.......

Pendakwah Dan Tingkahlaku

Bersikap kasar, bengis, sombong, takabbur, ego, emosional, pemarah, tidak menepati masa, pengotor, tidak kemas, kenderaan tidak bersih, tidak senonoh, melawak berlebihan, batu api , mencaci, keadaan keluarga yang bermasalah, isteri dan anak-anak tidak memelihara a’urat , sentiasa berprasangka buruk, tidak tetap pendirian, suka mencipta masalah daripada menyelesai masalah, tidak ada perasaan kasih sayang, suka meninggi diri, individualistik (ananiah), suka memutuskan silaturrahim dan banyak lagi tingkah laku buruk yang telah dizahirkan oleh kita tanpa disedari, yang telah menyebabkan masyarakat menjadi jelek dan keliru dan seterusnya masyarakat tidak mempercayai langsung dakwah kita yang telah disampaikan kepada mereka. Enough Is Enough. Cukuplah setakat itu. Marilah sama-sama kita menggariskan satu garisan merah kepada tingkah laku buruk kita yang terdahulu. Marilah sama-sama kita melakukan perubahan atau reformasi ke atas tingkahlaku kita ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu dakwah yang paling berkesan iaitu dakwah bil hal

Insya Allah selepas ini kita tulis sedikit berkaitan dengan pendakwah dan amalan harian.....

6 comments:

OBT said...

Here's the new template for your blog!

ZBA said...

Assalamualaikum Tn Haji Rosidi,
Apa khabaq? Lama kita tak sembang. Baru dapat baca blog ni bila terbaca email at-taqwa yahoo group.
Nak minta izin nak link blog Tuan ke blog saya. Dah setahun saya dok merapu dalam blog. Tidak seperti tuan punya, ana punya lebih kepada diary 'syok sendiri' dan nama pun 'sajaa sronok'.
Mungkin nak kena adjust nama tu kepada yang lebih sesuai.
Saya tak pandai nak menulis sbb tangan ni lebih kepada nak melukis.
Saya pun create another blog...Remember Allah, yang lebih kepada art islam, nak masukkan hasil kerja art saya...tapi masih belum cukup mantap.
Itu saja dakwah yang mampu saya buat setakat ni.
Ok Die, nanti sembang lagi...

rosidi hussain said...

Waa`laikumsalam ... wow..wow.. hebat .. From Bahrain with love... tak sangka ye... ada orang Bahrain baca kita punya blog... Masyi hal.. Tafaddhal... Ya Akhi... Tapi blog ana masih dalam pembikinan berbanding dengan blog tuan.. saya pun nak ambik blog tuan ke blog saya juga... boleh ke??? `Ala kullihal .. Ma`assalamah ...

ZBA said...

No Problem,
Kini kita berjiran di alam cyber walaupun tak berjiran di taman bertam...
Kirimsalam...sahabat2 di At-Taqwa.

kedahan said...

Tertarik dengan tulisan saudara...sebab saya ni bukanlah pandai nak berdakwah dan ilmu pun'ciput' sangat..Tapi apa yang saudara kata sedikit sebanyak mempengaruhi gaya kita berdakwah jugak...tingkah laku kita pun boleh dikatakan kita berdakwah??
Sejak akhir - akhir nie , ramai pendakwah muncul , tapi yang sedihnya, ada yang tak jaga langsung akhlak mereka sehinggakan ada jemaah tersinggung dengan perlakuan mereka - mereka yang bergelar "USTAZ" nie.. Don't get me wrong...bukan semua...tapi disebabkan nila setitik ...rosak susu sebelangga ..Wallahualam...Tapi yang sedihnya, secara tidak sedar, perlakuan mereka menjauhkan masyarakat dari mendekati mesjid...cakap orang yang tak berilmu mungkin tak penting..tapi cakap dan tingkah laku orang yang berilmu sentisa akan dipandang orang..jadi akhlak tu penting dan harap - harap akan diberi perhatian oleh semua pendakwah..Wallahualam...

rosidi hussain said...

Terima kasih Kedahan kerana sentiasa melawat blog ni... Betul cakap saudara/i.. Ramai penceramah bukan pendakwah sebenar...