PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 18, 2008

RAWATAN ISLAM DIZALIMI

  • Salam perjuangan ... pendakwah sekelian...
  • Alhamdulillah.. Persatuan Kebajikan Dan pengubatan Islam Malaysia atau Persatuan Darussyifa` Utara (PDU) telah berjaya ditubuhkan. Aktiviti pertama iaitu kelas pengajian atau kuliah untuk pelatih-pelatih baru telah berjaya dirasmikan dan dilancarkan oleh penaung persatuan iaitu Yang Berbahagia Datuk Harun Din Al Hafiz pada tanggal 15 hb November 2008 , hari Sabtu yang lalu di Surau At taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Seramai 151 peserta badge pertama Darussyifaa` Utara telah diterima masuk yang datang dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
  • Kelas ini akan dijalankan selama 90 jam (contacts hours) dan Insya Allah akan tamat dalam masa setahun. Aktiviti yang kedua yang dijalankan oleh PDU ialah satu program khidmat masyarakat iaitu rawatan Islam yang dikendalikan oleh perawat-perawat kanan yang datang daripada Kemunting, Kulim, Parit Buntar dan Kuala Lumpur.
  • Oleh itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapat rawatan Islam ini boleh hadir di Surau At Taqwa di atas selepas Isya` pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Untuk maklumat terperinci.. sila hubungi Us Rahim di talian..013 5209823.
  • Betulkah rawatan Islam dizalimi.... Sebagai pendakwah kita sentiasa canang atau membawa `mulut` ke hulu ke hilir dengan mengatakan Islam adalah penyelesai masalah umat manusia. Betul ke ni, Islam penyelesai masalah umat sedangkan kita sendiri , apabila ditimpa musibah atau ujian daripada Allah dalam bentuk penyakit penyakit fizikal dan rohani, kita sendiri menjadi orang pertama mencari bomoh dan cara rawatan yang bukan dari Islam. Kita tak refer kepada Islam yang merupakan `problem solver` kepada penyakit-penyakit di dunia ini. Kenapa jadi begini. Kenapa rawatan Islam diketepikan dan terus dipinggirkan untuk berada dalam arus perdana masyarakat. Kata saja tapi tak buat pun malah tak percaya pun ada. Orang Islam kita sendiri yang tidak percaya kepada rawatan Islam. Kenapa jadi macam ni....
  • Seorang sahabat Nabi SAW, Abu Sa`id Al Khudri ra pernah satu ketika diminta oleh Nabi SAW mengetuai satu deligasi berdakwah ke satu kampung. Apabila tiba sahaja di kampung tersebut, penduduk kampung tersebet mengadu hal kepada Abu Sa`id mengenai seorang penduduk telah terkena `sengat` kala jengking. Abu Said sebagai seorang pendakwah yang diamanahkan oleh nabi untuk berdakwah, telah bertindak sebagai seorang `doktor dan perawat` kepada penduduk tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah, Abu Sa`id dapat mengeluarkan bisa kala jengking dengan bacaan beberapa ayat Al Quran Al Karim. Orang kata macam `ambik kute buang` penyakit atau bisa kala jingking tu. Allahu Akbar. Islam adalah penyelesai masalah umat.
  • Sebaik-baiknya kita kembali kepada Islam secara total termasuk mengakui bahawa di dalam Islam terdapat rawatan secara Islam yang berperanan sebaga penyelesai masalah atau penyakit di atas dunia ini.
  • Sekian... Wassalam...

5 comments:

Anonymous said...

ustaz...

Saya nie berminat dlm bab2 perubatan Islam nie...,tapi apabila Darussyifa mengadakan kelas kat kawasan kepala batas (hampir dgn kawasan tpt tggl sya)..saya rasa takut pulak nak join...Apa penyakit yang saya hidapi nie????

rosidi hussain said...

Tuan yang dihormati,

Mungkin tuan terlampau merendah diri atau mungkin juga tuan terlalu melayani perasaan `tak mempercayaai kelebihan atau kebolehan diri sendiri`...

Jadi saya tak rasa tuan ada penyakit...

Cuma saya cadangkan tuan cuba cek kolestrol tuan kerana kandungan kolestrol tinggi boleh menyebabkan tuan takut kepada sesuatu yang tak perlu ditakuti..

Wallauhu`alam...

Anonymous said...

baik ustaz....nanti saya p check...slama nie pun saya x prnah p check, ada baiknya jugak..

Anonymous said...

salam,saya memang berminat dgn rawatan Darussyifaa',tapi terlewat utk saya mendaftar.apakah ada lagi intake utk next badge?bagaimana caranya?

rosidi hussain said...

Insya Allah ...

Doakan perjalanan kelas badge sulung di Penang ini berjalan dengan lancar dan baik Insya Allah badge kedua boleh dijalankan selepas graduation badge pertama ini...

Terima kasih di atas minat anda untuk nenbongkar rahsia`Kalam Allah`...