PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 04, 2008

PESTA `GAY ` `DI PULAU PINANG

PESTA GAY DI PULAU PINANG

Salam perjuangan .. pendakwah sekelian...

Tengahari tadi, selepas solat zohor, ketika berborak-borak sambil makan tengahari bersama-sama dengan sdr Rashid dan Hj Safar di Permatang Pauh, saya di`approach` oleh seorang wartawan harakah . Beliau ingin mendapatkan sedikit pandangan saya sebagai setiausaha DUPPP mengenai pesta gay yang hangat diperkatakan sekarang ini dan dikatakan berlaku di belakang Mega Mall Shopping Complex, Prai. Tahniah kepada pihak polis yang menahan remaja-remaja yang bertindak keterlaluan di luar batasan agama dan undang-undang.

Sebelum ini, saya pernah `melintasi` kawasan ini, memang diakui, terlalu banyak pub dan disko tumbuh bagaikan cendawan. Apa yang saya sempat lihat apabila melalui kawasan ini, terdapat satu `signboard` kelab malam tertera perkataan `disko arab`. Dalam hati terdetik, hai... orang arab pun datang ke kelab malam... mungkin juga ada tarian `gelek arab` kot...

Untuk pengetahuan para du`at semua, saya pernah berada di sebuah disko di bandar Bukit Mertajam sebelum ini, tetapi bukan untuk tujuan yang tidak baik. Sebenarnya saya bersama-sama pasukan pencegah maksiat dan penguatkuasa pejabat Agama Islam Pulau Pinang dalam operasi pencegahan maksiat. Suasana di dalam disko tersebut amat `menggerunkan`!!!.

Oleh itu, we have to do something to overcome vice and criminal activities which against Syariah law in Penang. `Calling for volunteers` . So, do not hesitate to contact me...

Ikutilah sedikit pandangan peribadi saya dalam http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017715&Itemid=100

2 comments:

rosidi hussain said...

Apabila meneliti Harakah keluaran 7-9 NOvember dan Sinar Harian front page hari ini... Para Du`at perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan amal mantap serta `self defence` yang kuat.. sebab depa-depa ni .. badan kuat..

kedahan said...

Saidina Abu Bakar R.A once said ............"Without Knowledge Action is Useless and Knowledge Without Action is Futile"