PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, November 03, 2008

Oom Pi Dulu Naang Kot Kang.......

Oom Pi Dulu Naang Kot Kang....


Salam sejahtera kepada semua `pendakwah`.....

Oom pi dulu Nang kot kang. Jarum pi dulu benang ikut belakang. Mukhriz pi dulu Khairi Toyo yang menang. Inilah sebenarnya apa yang saya nak berkongsi dengan anda semua. Gaya saya menulis memang sebegini. Seolah-olah anda semua berada di hadapan saya. Seolah-olah saya sedang bersembang di kedai kopi. Al Kitab Kal Khitob. Faham ke.. Mesti fahammmmm. Kadang-kadang tu rasa macam tak ada `class` la. A`lakullihal, saya nak memberi sedikit pandangan peribadi saya mengenai perebutan kerusi ketua pemuda UMNO yang hangat sekarang ini.

Setakat semalam 2 hb November 2008, pencalonan pemuda UMNO bahagian kepada Mukhriz sebanyak 68, Khir Toyo 53, Khairi jamaludin 50. Dengan pencalonan kepada Mukhriz yang begitu laju di peringkat awal dan akhir-akhir ini agak kurang pencalonan pemuda bahagian kepadanya. Khir Toyo pun apa kurangnya, sekarang telah mendahului Khairi dengan 3 pencalonan.

Siapa pun yang mendahului atau menang di round pertama ini.. bukannya menang betul pun... Syok sendiri je.. Tapi awas, tunggu bulan Mac tahun depan, siapa yang akan menjulang piala dan terus dijulang. 3-4 bulan akan datang, lagi hebatlah kempen mereka. Bapa cara bapa. Anak cara anak. Masing-masing ada strategi masing-masing. Ajak berdebat tak nak berdebat... Yang ada gaya kepimpinan mungkin dapat kat Khir Toyo. Yang ada sokongan akar umbi, mungkin dapat kat Khairi. (paham-paham aje la). Yang ada back up from daddy mungkin dapat kat Mukhriz?...

Hati kecil saya mengatakan kemungkinan besar bukan Mukhriz. Banyak faktornya. Mungkin ada yang sama dengan anda semua. Apa pun , bagilah komen atau bacalah artikel saya yang lalu samada Umno still relevan or not...


2 comments:

kedahan said...

Saya amat bersetuju dengan saudara yang Mukhriz akan menang sorak MAC nie...Bukan apa , memandangkan budaya UMNO itu sendiri lebih mementingkan "FULUS" dan "PENGARUH" saya rasa yang akan muncul juara nanti adalah Khairi....apa pun sapa pun yang menang tak akan menjanjikan apa - apa kebaikkan baik pada Islam mahupun pada bangsa Melayu..sebab perjuangan berlandaskan "perut" tak akan kemana - mana. Kesedaran orang UMNO masih ditakuk lama....seperti yang dikatakan oleh TGNA , politik orang melayu adalah dibentuk oleh penjajah Inggeris dahulu..Mereka yang mencorakkan pemikiran orang - orang Melayu dahulu agar menerima orang yang tak Islamik jadi pemimpin, sampailah sekarang nie...jadi tak mustahil lah jika kita akan masih lagi diperintah oleh mereka yang tak Islamik dan yang tak peduli selain dari 'perut" mereka dan keluarga mereka

rosidi hussain said...

Terima kasih Kedahan ..fikrah enta tersangat jelas... Ana rasa enta boleh jadi naqib usrah~~~~""""!!!!