PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, November 01, 2008

Lawyer vs Bomoh?

Salam semua pendakwah....

Beberapa bulan yang lalu, saya telah dipanggil untuk memberi ceramah berkaitan dengan satu tajuk yang saya sendiri telah lupa. Program ini diadakan di kaki Gunung Jerai, kawasan Yan, Kedah. Nama tempat tersebut kalau tak silap saya Rekreasi Titi Hayun.

Sebelum saya memulakan ceramah saya, pengerusi majlis, seorang yang berpangkat Majer, telah memperkenalkan saya kepada peserta program tersebut. Disebutnya satu persatu biodata saya beserta dengan latar belakang pendidikan dan serba sedikit pengalaman berorganisasi. Dicelah-celah ucapannya itu, disebutnya, saya ini akan menjadi seorang bomoh selepas ini. Ada peserta yang tersenyum. Ada juga peserta selepas itu yang bertanya kepada saya, betulkah? Saya kata, Majer hanya buat lawak saja. Mana mungkin tukar profession.

Baru-baru ini, Pada hari Sabtu, 25hb Oktober 2008, bertempat di surau At Taqwa Taman Bertam Indah Kepala Batas, saya dan rakan-rakan dari Kuala Lumpur dan Taiping telah berjaya mengadakan sesi taklimat & pendaftaran kursus pengajian rawatan Islam Darussyifa Dato Harun Din. Alhamdulillah seramai 130 peserta telah berdaftar untuk mengikuti kelas ini.

Kelas pertama yang Insya Allah akan dihadiri oleh Dato Harun sendiri akan diadakan pada hari Sabtu, 15hb November 2008 di Surau yang disebut di atas, jam 8.00 pagi. Kehadiran adalah wajib. Kehadiran adalah wajib. Ulang 2 kali sebab nak bagi tau kata betapa pentingnya kelas pertama ni. Masih ada kosong. Sila mendaftar kepada saya di talian 019-4704800 , 019-4144114 (Ustaz Fadzlee Daie) sementara pendaftaran masih terbuka . Kita belajar menerokai rahsia Al Quran yang merupakan Kalam Allah `Azzawajalla. Kita belajar untuk menguatkan diri, keluarga dan masyarakat dengan Al Quran sebagai `self-defence`.

Jadi blog ini ketika ini akan menjadi ruangan hebahan program kelas pengajian ini.

Kepada peserta-peserta, tahniah kepada anda semua kerana begitu komited dan Insya Allah kita semua akan konsisten dengan kelas ini.

Kita semua adalah pelari marathon dan bukannya sprinter yang laju di peringkat awal larian sahaja. Begitu jugalah, kelas ini memerlukan komitmen yang berterusan daripada anda dan kita semua. Amalan kita pun begitu juga...

Perkataan bomoh tidak ada dalam kamus dan diari keluarga Darussyifa. Jadi, Mana mungkin lawyer jadi bomoh...

No comments: