PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 25, 2008

FATWA YOGA MEMBUKTIKAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA KUCAR-KACIR?

Assalamu`alaikum.... pendakwah sekelian...
  • Dalam seminggu ini, kita dihangatkan dengan isu fatwa yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK). Yoga telah difatwakan dan hukumnya haram dalam Islam seterusnya orang-orang Islam dilarang sama sekali beramal dengan yoga ini. Di antara alasannya ialah pergerakan fizikalnya mempunyai elemen-elemen fahaman Hindu yang bercanggah dengan Islam dan bermatlamat apa yang dikatakan sebagai 'being one with God'.

  • Bagi saya, apa jua alasan pun, oleh kerana MFK telah mengeluarkan fatwa, ia telah menjadi satu hukum yang perlu diikuti oleh Muslim dan ia perlu dikuatkuasa sebagai satu undang-undang yang sah di Malaysia di setiap negeri. Tetapi ..... hari ini fatwa setakat fatwa sahaja... sejak dari dulu lagi.. Ia tidak dijadikan undang-undang ... Kalau ye pun, ia dijadikan undang-undang... sejauh mana fatwa fatwa itu telah dikuatkuasakan. Lihat sahaja fatwa Pulau Pinang yang telah mengharamkan rokok tapi ia tidak memberi kesan apa-apa pun. Bagi saya kewujudan institusi fatwa di Malaysia ini, setakat ada sahaja, setakat keluarkan fatwa ke atas isu-isu baru kemudian biar berteraburan di jalanan.

  • Kelmarin saya mendengar berita melalui radio yang mengatakan Samy Vellu akan berjumpa Pak Lah untuk berbincang mengenai pengharaman yoga ini yang dikatakan juga meng'confuse'kan penganut Hindu. Saya pun heran juga dengan Datuk Samy ni, apa hal yang dia sibuk-sibuk dengan fatwa ini. Fatwa ini hanya terpakai untuk muslim sahaja bukan untuk orang-orang bukan Islam. Kalau bagi ugama Hindu yoga ni halal.. halallah.. Kalau bagi Muslim haram.. haramlah. Muslims have to respect Hindus to practise yoga. Thats fine. OK. No problem. Tapi hang jangan la dok nak suruh Muslim practise Yoga juga selepas fatwa dah keluag. Hang kena hormat juga fatwa tu.

  • Cuma melalui isu fatwa yoga ini, saya ingin memberi pandangan lebih sedikit iaitu mengenai sistem pentadbiran dan pengurusan Islam di Malaysia yang dilihat seolah-olah seperti dalam keadaan kucar kacir, berkecamuk, tidak berwibawa, tiada perhatian serius dari pemerintah dan langsung tidak dihormati dan diikuti oleh orang-orang Islam sendiri. Apa tidaknya. Contohnya...
  1. Fatwa ini dipertikai oleh Mufti Perlis dan seterusnya berpendapat sekiranya unsur-unsur tidak Islam dibuang, ia boleh diamalkan.
  2. Fatwa ini tidak dipersetujui oleh Sultan Selangor untuk dilaksanakan sehingga dipersembahkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri terlebih dahulu.
  3. Negeri Perak pula berpendapat bahawa fatwa ini mestilah melalui beberapa prosedur termasuk kebenaran (consent) daripada Sultan terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksanakan
  4. Terdapat juga negeri-negeri yang akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan fatwa haram yoga ini dapat dilaksanakan.
  5. Manakala SIS seperti biasa, dengan alasannya tersendiri menempelak MFK dan fatwa yang dikeluarkan itu, sebagai tiada consessus untuk mengharamkan yoga kerana terdapat perbezaan pendapat di antara negeri-negeri di Malaysia ini.
  6. Fatwa ini disensasikan oleh pihak media seolah-olah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat kepada MFK ataupun lebih jauh lagi untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada ugama Islam itu sendiri.

  • Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku sebelum ini, bagaimana Almarhum Datuk Ishak Baharom ketika menjadi Mufti Selangor melaksanakan undang2 yang sedia ada dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor dengan mengarahkan penangkapan gadis2 melayu Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik yang mengakibatkannya disingkir pada tahun 1997. Dah ada undang2.. tapi bila nak laksanakan ia ditentang oleh orang atasan terutamanya atas desakan politik.

  • Anda tentu tidak lupa kepada isu disko The Zuoq apabila berlaku tangkapan ramai anak gadis Islam termasuk artis2 oleh penguatkuasa undang2, mereka diarahkan oleh pihak atasan untk melepaskan gadis tersebut yang dikatakan tidak mengikut prosedur. Dah ada undang2 kemudian nak laksanakan atau nak execute the law tapi tak boleh kerana mendapat halangan daripada orang2 tertentu. Kalau macam tu... adalah lebih baik.. jangan luluskan undang2 tersebut kalau tak boleh execute... buang masa aje..

  • Isu kelemahan pentadbiran mahkamah Syariah di seluruh Malaysia masih belum selesai... kekurangan pegawai penguatkuasa undang2 masih terbiar begitu sahaja sehingga ke hari ini.. Kes-kes tertunggak... Tidak selesai.. Dikatakan lambat.. lembab... ramai kes-kes isteri dibiar bergantung tidak bertali.. Memakan masa yang agak panjang... menyusahkan .. Kekurangan hakim Syariah.. Prosedur yang merumitkan semua orang... tiada keselarasan undang-undang Islam di antara negeri-negeri... Undang-undang berbeza di antara negeri-negeri... Isu murtad masih seolah-olah tergantung .. masalahnya masih tiada penyelesaian muktamad... kes murtad masih berlaku... Kredibiliti mahkamah Syariah terus diperkecilkan oleh masyarakat.

  • Akhirnya mari kita berfikir bersama.. kenapa isu fatwa yoga ini dipermainkan.. pengharaman rokok tidak diendahkan.. sebahagian hukum Syariah diluluskan tapi tak boleh dilaksanakan.. penguatkuasaan undang2 dihalang... tiada penyelarasan undang undang Syariah di setiap negeri... isu IFC ... isu murtad... tiada undang2 Islam yang berlandaskan Al Quran dan Al Hadith serta banyak lagi isu Islam yang lain yang berlaku ????? Kenapa?????

  • Bagi saya kerana tiada ISLAMIC POLITICAL WILL di dalam minda pemimpin kita. Wallahua'lam.. Anda tentu ada banyak alasan lain lagi....

2 comments:

ZBA said...

Assalamualaikum Tn Haji, Apa khabaq?

Menarik sungguh kupasan tuan. Memang pakat celaru dengan isu Yoga tu…sebenaqnya banyak benda dah rakyat dok celaru!
Yang heran orang islam kita ni pun satu, ada banyak lagi cara nak bagi tenang jiwa dan sihat badan…awat yang depa kalut nak pi buat yoga. Solat sudah la…tak ada ‘yoga’ yang lebih baik dari solat. Kalau yoga tu baguih…dah lama Nabi suruh kita ber’yoga’. Puak2 ni mungkin 1 – jenih tak faham dan tak nak abik faham, 2 -jenih main ikut2, 3- jenih tak suka dan berat nak solat, 4 - memang jemu dah jadi islam dan nak tukaq jadi hindu…sebab buat yoga mungkin lebih glamour kot.
Pokoknya islam dlm dada umat kita banyak yang dah nipis dari yang tebal. Tak ada lagi sensitivity terhadap perkara2 yang boleh merosakkan iman.
Saya setuju dengan tuan mengenai pentadbiran kita juga banyak yang kucar-kacir. Bayangkan…bagaimana orang2 kita hendak menyelesaikan masalah pokok yang lebih besar? Jihad, Hudud, Murtad dan lain2. Kita terlalu jauh dari kecekalan Saidina Abu Bakar bila beliau tak compromi dan terus memerangi puak murtaddin walaupun sahabat2 suruh relax sikit sbb depa baru islam!
Yang pasti…selagi umat islam menjauhkan diri dari jihad dan dakwah…maka umat islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia akan sentiasa di ‘perlekehkan’. Arab2 di Bahrain pun sama!
Hanyalah pandangan sekupang saya.

rosidi hussain said...

Maaf..tuan.. tak dan nak tengok tulisan tuan...

Ada satu buku cerita pasal bio mekanik solat.. baik untuk mengkhusyukkan lagi solat kita tu...

Betul tu nabi kata dah elok dah...
Orang kita sahaja yang pemalas nak solat dok tak dok nak buat yoga plak.. dunia akhir zaman...

Tq.. for your comments..