PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, November 03, 2008

BERBASIKAL DAN BERUSRAH BOLEH `PROMOTE` USIA LANJUT???

Jom kayuh ramai-ramai.....

Lepas ni Insya Allah perut kempis..

Setiap minggu sekali usrah banyak kali `cycling`!!

BERBASIKAL DAN BERUSRAH BOLEH `PROMOTE` USIA LANJUT????

Para Du`at sekelian...

Semasa berhari raya di kampung baru-baru ini, saya sempat berjumpa dengan seorang pak cik yang saya amat mengenalinya. Namanya PAK CIK PIN. Semasa berjalan pulang dari surau dengannya yang sedang`menuntun` basikalnya perlahan-lahan, saya bertanya kepada beliau, Pak cik sihatkah? Dia menjawab, macam hang dok tengok la ni la... umuq aku la ni dah 85 tahun dah. Dalam hati saya berkata, lebih kurang umur Dr Mahathir rupanya.. Pak Cik Pin ni...

Seingat saya, sejak saya kecil lagi, di bangku sekolah rendah lagi, lebih kurang 30 tahun lalu, Pak Cik Pin ni dan basikalnya macam bayang-bayang. Di mana ada Pak Cik Pin, di situ ada basikalnya. Di mana ada basikal, di situ ada Pak Cik Pin. ( Macam kata-kata Saiful Apek pulak daaaa....). Pak Cik Pin dulu buat bendang dan bila mai musim `juai padi`, dia ambik upah bawa guni berisi padi letak di belakang basikal tuanya, pi letak kat tepi jalan besag.. sebab pada masa tu lori tak boleh masuk sampai ke bendang. Dia bawa basikal `menyerit`. Masa tu umug dia dah 50ann. Dipendekkan cerita, dia masih kuat sekarang ni, masih berbasikal, sentiasa ulang alik ke surau.

Ada sorang lagi orang tua di kampung, yang saya agak rapat, saya panggil kat dia Bang `Ad. umurnya pun dah 80an. Bertubuh kecil sahaja. Dia pun berbasikal dari dulu sampai le ni.

Baru-baru ni juga, saya berjumpa dengan kawan saya berbangsa cina. Saya panggil dia, MR OON, kita punya kawan yang selalu main golf dengan kita, AHMAD, sudah meninggal dunia la. Mr Oon reply... haaaa, 65 tahun.... muda lagi... sudah mati ka..... Saya kata, ya, betul, umur dia sudah 65 tahun. Ini bukan kita punya kerja. Ini tuhan Allah punya kerja. DIA kata mati, mati laaaa. Lu.. apa takut...

Dua tahun lepas, saya berada di Beijing.. Jalan-jalan cari pengalaman.. saya diberitahu oleh tour leader bahawa purata rakyat China yang mati adalah berumur 80 tahun ke atas. Rangking kedua selepas satu negeri dalam Russia... Rakyat China pun sama juga. Mereka dan basikal macam bayang-bayang juga.

Cukuplah cerita pasal basikal.. sekarang pasal usrah pulak...

Lepas ni kayuh pi usrah di masjid pulak...

  1. Usrah merupakan salah satu program tarbiyah yang amat penting dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.
  2. Mengikut sirah, Mus`ab bin U`mair merupakan `An Naqib` yang pertama dalam Islam ketika nabi menghantarnya memimpin penduduk Yathrib yang datang menuntut daripada Nabi saw di `Aqabah..
  3. Usrah menyuburkan `aqidah, ilmu dan amalan harian.
  4. Usrah bermula sejak dakwah Nabi saw secara rahsia lagi di Makkah.
  5. Usrah adalah satu diskusi.
  6. Usrah ada mutaba`ah harian.
  7. Usrah menghilangkan tekanan emosi, tension, stress, berprasangka buruk, berprasangka tak menentu (paranoid), terlampau melayani kesalahan atau dosa lampau, gangguan emosi, ego, individualistik, sombong, berbangga dengan kebolehan diri sendiri, penyakit cepat lupa, perasaan murung dan sentiasa berdukacita dan perasaan `al wahn` yang ada dalam diri seseorang.
  8. Usrah menyebabkan anda sentiasa `gumbira`, sentiasa membaca Al Quran, sentiasa berulang alik ke masjid, sentiasa `charge`, `screen`, `polish` dan `filter` hati, nafsu dan `aqal yang ada dalam diri anda.
  9. Usrah sentiasa mengingatkan diri kita tanggungjawab kita kepada `parents `kita samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
  10. Usrah menyebabkan anda menyelami perasaan orang lain dan nasib Muslim seluruh dunia.
  11. Usrah sentiasa mengingatkan anda bahawa kita semua adalah makhluk Allah dan Allah adalah Pencipta kita, Yang Maha Perkasa.
  12. Usrah sentiasa mengingatkan kita bahawa dunia ini hanyalah laluan buat sementara waktu sahaja.
  13. Usrah mengingatkan kita konsep tawakkal seperti nabi saw pernah bersabda `Ikatlah untamu dan bertawakkallah kepada Allah` dan konsep burung yang keluar pagi dengan kelaparan dan pulang pada petangnya dengan kekenyangan


Wahai para Du`at..


Kalau anda semua tak percaya ......

Berbasikallah ke masjid selama 20 tahun...

Berusrahlah selama 15 tahun bersama rakan-rakan anda dengan naqib berwibawa....

Insya Allah...

Bi Iznillah.....

UMUR PANJANGGGGGGGGG ...

Kalau tak di Dunia ...

Di Akhirat.....




4 comments:

mohamadsofee said...

simbolik usrah dan basikal hampir sama, kalau tak kayuh tak bergerak. atau, jadi basikal antik (naqib atau ahli yang dah pencen awal usrah)

rosidi hussain said...

Terima kasih Sofee... Ulasan enta ini boleh menyebabkan para du`at termenung sejenak, terkenang zaman2 silam dan memacu usrah dengan lebih baik lagi ...

Anonymous said...

kalau rajin kayuh sama dengan rajin sampai masjid, tiap-tiap hari kayuh pun tak pa

dari
kawan se sauf

rosidi hussain said...

Ya betul tu...saya cadangkan setiap kali ke masjid.. kita kayuh basikal.. atau setiap kali kayuh basikal hujung minggu singgah masjid solat dhuha 2 rakaat .. baru ada umpphh..