PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 25, 2008

FATWA YOGA MEMBUKTIKAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA KUCAR-KACIR?

Assalamu`alaikum.... pendakwah sekelian...
  • Dalam seminggu ini, kita dihangatkan dengan isu fatwa yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK). Yoga telah difatwakan dan hukumnya haram dalam Islam seterusnya orang-orang Islam dilarang sama sekali beramal dengan yoga ini. Di antara alasannya ialah pergerakan fizikalnya mempunyai elemen-elemen fahaman Hindu yang bercanggah dengan Islam dan bermatlamat apa yang dikatakan sebagai 'being one with God'.

  • Bagi saya, apa jua alasan pun, oleh kerana MFK telah mengeluarkan fatwa, ia telah menjadi satu hukum yang perlu diikuti oleh Muslim dan ia perlu dikuatkuasa sebagai satu undang-undang yang sah di Malaysia di setiap negeri. Tetapi ..... hari ini fatwa setakat fatwa sahaja... sejak dari dulu lagi.. Ia tidak dijadikan undang-undang ... Kalau ye pun, ia dijadikan undang-undang... sejauh mana fatwa fatwa itu telah dikuatkuasakan. Lihat sahaja fatwa Pulau Pinang yang telah mengharamkan rokok tapi ia tidak memberi kesan apa-apa pun. Bagi saya kewujudan institusi fatwa di Malaysia ini, setakat ada sahaja, setakat keluarkan fatwa ke atas isu-isu baru kemudian biar berteraburan di jalanan.

  • Kelmarin saya mendengar berita melalui radio yang mengatakan Samy Vellu akan berjumpa Pak Lah untuk berbincang mengenai pengharaman yoga ini yang dikatakan juga meng'confuse'kan penganut Hindu. Saya pun heran juga dengan Datuk Samy ni, apa hal yang dia sibuk-sibuk dengan fatwa ini. Fatwa ini hanya terpakai untuk muslim sahaja bukan untuk orang-orang bukan Islam. Kalau bagi ugama Hindu yoga ni halal.. halallah.. Kalau bagi Muslim haram.. haramlah. Muslims have to respect Hindus to practise yoga. Thats fine. OK. No problem. Tapi hang jangan la dok nak suruh Muslim practise Yoga juga selepas fatwa dah keluag. Hang kena hormat juga fatwa tu.

  • Cuma melalui isu fatwa yoga ini, saya ingin memberi pandangan lebih sedikit iaitu mengenai sistem pentadbiran dan pengurusan Islam di Malaysia yang dilihat seolah-olah seperti dalam keadaan kucar kacir, berkecamuk, tidak berwibawa, tiada perhatian serius dari pemerintah dan langsung tidak dihormati dan diikuti oleh orang-orang Islam sendiri. Apa tidaknya. Contohnya...
  1. Fatwa ini dipertikai oleh Mufti Perlis dan seterusnya berpendapat sekiranya unsur-unsur tidak Islam dibuang, ia boleh diamalkan.
  2. Fatwa ini tidak dipersetujui oleh Sultan Selangor untuk dilaksanakan sehingga dipersembahkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri terlebih dahulu.
  3. Negeri Perak pula berpendapat bahawa fatwa ini mestilah melalui beberapa prosedur termasuk kebenaran (consent) daripada Sultan terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksanakan
  4. Terdapat juga negeri-negeri yang akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan fatwa haram yoga ini dapat dilaksanakan.
  5. Manakala SIS seperti biasa, dengan alasannya tersendiri menempelak MFK dan fatwa yang dikeluarkan itu, sebagai tiada consessus untuk mengharamkan yoga kerana terdapat perbezaan pendapat di antara negeri-negeri di Malaysia ini.
  6. Fatwa ini disensasikan oleh pihak media seolah-olah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat kepada MFK ataupun lebih jauh lagi untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada ugama Islam itu sendiri.

  • Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku sebelum ini, bagaimana Almarhum Datuk Ishak Baharom ketika menjadi Mufti Selangor melaksanakan undang2 yang sedia ada dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor dengan mengarahkan penangkapan gadis2 melayu Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik yang mengakibatkannya disingkir pada tahun 1997. Dah ada undang2.. tapi bila nak laksanakan ia ditentang oleh orang atasan terutamanya atas desakan politik.

  • Anda tentu tidak lupa kepada isu disko The Zuoq apabila berlaku tangkapan ramai anak gadis Islam termasuk artis2 oleh penguatkuasa undang2, mereka diarahkan oleh pihak atasan untk melepaskan gadis tersebut yang dikatakan tidak mengikut prosedur. Dah ada undang2 kemudian nak laksanakan atau nak execute the law tapi tak boleh kerana mendapat halangan daripada orang2 tertentu. Kalau macam tu... adalah lebih baik.. jangan luluskan undang2 tersebut kalau tak boleh execute... buang masa aje..

  • Isu kelemahan pentadbiran mahkamah Syariah di seluruh Malaysia masih belum selesai... kekurangan pegawai penguatkuasa undang2 masih terbiar begitu sahaja sehingga ke hari ini.. Kes-kes tertunggak... Tidak selesai.. Dikatakan lambat.. lembab... ramai kes-kes isteri dibiar bergantung tidak bertali.. Memakan masa yang agak panjang... menyusahkan .. Kekurangan hakim Syariah.. Prosedur yang merumitkan semua orang... tiada keselarasan undang-undang Islam di antara negeri-negeri... Undang-undang berbeza di antara negeri-negeri... Isu murtad masih seolah-olah tergantung .. masalahnya masih tiada penyelesaian muktamad... kes murtad masih berlaku... Kredibiliti mahkamah Syariah terus diperkecilkan oleh masyarakat.

  • Akhirnya mari kita berfikir bersama.. kenapa isu fatwa yoga ini dipermainkan.. pengharaman rokok tidak diendahkan.. sebahagian hukum Syariah diluluskan tapi tak boleh dilaksanakan.. penguatkuasaan undang2 dihalang... tiada penyelarasan undang undang Syariah di setiap negeri... isu IFC ... isu murtad... tiada undang2 Islam yang berlandaskan Al Quran dan Al Hadith serta banyak lagi isu Islam yang lain yang berlaku ????? Kenapa?????

  • Bagi saya kerana tiada ISLAMIC POLITICAL WILL di dalam minda pemimpin kita. Wallahua'lam.. Anda tentu ada banyak alasan lain lagi....

Saturday, November 22, 2008

BADAN KURAP HATI 'MANKAQ'

kita ambil berat masalah jantung tapi kita tak ambil berat pasal masalah 'hati'



biar kepala tertutup hanya minda terbuka


Allah tidak melihat muka kamu yang cantik tapi Allah melihat apa yang ada dalam hati kamu



Nafas kita boleh terhenti bila-bila masa sahaja mengikut kehendak Allah




kenapa kita menjaga penyakit kronik badan sahaja tapi membiarkan penyakit kronik hati?









ANDA WAJIB BACA SAMPAI HABIS ARTIKEL DI BAWAH INI

Pendakwah dihormati... Anda baca kemudian lihat kepada diri sendiri...
  • Kita selalu buat sesuatu atau beramal semasa hidup ini untuk kita sendiri tetapi Allah tidak pernah buat untuk Dia.
  • Ada tetapi tidak berfungsi.
  • Sekabur-kabur tulisan lebih baik daripada seterang-terang percakapan.
  • Takut nama Munkar dan Nakir.
  • Menjaga penyakit kronik badan tetapi membiarkan penyakit kronik hati.
  • Makanan badan vs makanan roh.
  • Hendak RM 1 atau RM 27?
  • Hidup bukan hanya merancang tetapi perlu muhasabah.
  • Hendak memberi tetapi tidak ada apa.
  • Hidup bukan macam main bola ' rebut... sepak... rebut...'
  • Ular cuma ada sifat ular, buaya cuma ada sifat buaya, tetapi manusia ada sifat manusia, ular dan buaya.
  • Makan gulai sambal petai.
  • Di depan tetapi bukan menjadi Imam.
  • Biar kepala tertutup hanya minda terbuka.
  • Miskin, susah, yatim tetapi luar biasa.
  • Kiamat sebelum kiamat... Neraka sebelum neraka...
  • Yang boleh dan tidak boleh dibeli.
  • Tahu tapi tidak mahu.
  • Pandai membaca tetapi tidak pandai bahasa.
  • Zaman moden tetapi pakaian ala tarzan.
  • Diketuk-ketuk tetapi tidak terasa.
  • Dunia semakin pantas tetapi kita mengeluh tidak ada masa.
  • Membersih udara tetapi mencemar jiwa.
  • Minat tapi tidak buat.
  • Sibuk kejar yang mesti ditinggalkan tetapi lupa yang mesti dibawa.
  • Sibuk hendak ziarah bulan tetapi lupa pasal jiran.
  • Rumah besar tetapi tiada bahagia.
  • Mencari yang menang atau mencari yang betul.
  • Syurga dunia vs Syurga hakiki
  • Syok jadi penonton atau jadi peserta?
  • Belajar ekonomi rumah tangga tapi makan di kedai kopi.
  • Hisap ganja vs makan daging khinzir
  • Di dalam syurga semua percuma tetapi hendak ke sana bukan percuma

Ke semua 33 perkara di atas adalah tajuk-tajuk utama sebuah buku sahabat saya yang bertajuk YANG PELIK LAGI HAIRAN.. Jadi..tunggu apa lagi.. belilah.. Insya Allah ia sebagai muhasabah untuk kita semua..


Wassalam...


KISAH KAKAK PENJUAL MAKANAN LEBANON

  • Salam mesra... pendakwah yang dihormati...
  • Kalau anda ke sebuah shopping complex terkenal, Alor Setar, anda pergi tingkat 3 kawasan food court, anda boleh menikmati makanan masakan Lebanon yang agak jarang ditemui di kawasan Utara ni. Beraneka jenis makanan dan masakan yang dijual di sini. Ada kebab ayam dan daging. Ada lazania. Nasi arab Casablanca pun ada. Nasi ayam panggang. Ada banyak lagi makanan yang dijual. Bagi saya memang sedaaaapp.
  • Kelmarin saya berada di Alor Setar, kawan saya ajak saya makan di sini. En Nazri, kawan saya ni yang juga seorang peguam, amat mengenali kakak yang menjual makanan Lebanon ni kerana mereka pernah berjiran di Taman Rakyat sebelum ini.
  • Semasa saya order kebab ayam dan Lazania untu Nazri, Nazri bertanya kenapa harga semua naik sambil menunjuk tanda harga baru kepada kakak yang sedang menyiap makanan yang dipesan. Saya pun menyampuk, `sepatutnya kena turunlah sebab harga minyak petrol dah turun`. Kakak tu (maaf saya sendiri tak tau nama dia) menjawab, ` tak boleh dik harga barang-barang tinggi sekarang ni, kobis saja dulu seringgit lebih la ni dah tiga ringgit setengah sekilo, barang-barang lain pun naik banyak juga`. Dia tambah lagi, `depa kontrol semua kita tak boleh buat apa-apa,, teruk la sekarang ni ekonomi kita`.
  • Tanpa saya duga kakak tu kata (macam dok beletiag),` depa ingat kita tak tau kot, berapa juta Razak Baginda dapat bila dia buat press statement kata Najib tak terlibat dalam kes Altantuya, tak pernah jumpa. Dah 50 tahun dah, sama dengan umur kita dah, kita dok bawah depa, macam-macam depa buat kat kita, depa ingat kita ni tak sekolah ka, kita pun pandai jugak aih, dah jadi macam ni ( kerajaan Kedah dapat kat PAS) baru depa tau`. Dalam hati saya ` aik awat kak ni dok tak dok tukag topik pi dok beletiag cerita pasal Najib pulak` ` mungkin dia terlampau marah kat kerajaan kot no` bisik hati saya. Macam-macam dia cerita kat saya, dia kutuk kerajaan (UMNO) rapat, sambil ambil order dari customer lain. Kadang2 tu selang seli dengan perkataan orang putih. Hebat kak ni. Dipendekkan cerita. Macam-macam dia kata kat UMNO. Saya hanya pasang telinga saja.
  • Apa yang saya tahu daripada Nazri, berdasarkan pilihanraya sebelum-sebelum ni, kakak ni dari segi politik, memang kuat UMNO. Orang kuat wanita Umno Kedah. Mai musim pilihanraya, tiap-tiap hari keluar kempen. Saya cuma tertarik kepada perkataan kakak tu pasal Razak Baginda terima duit juta-juta daripada Najib Razak.
  • Bagi saya apabila keluar perkataan sebegini daripada orang UMNO yang belum tahu lagi samada benar atau pun tidak perbuatan itu (terima duit juta-juta), saya boleh andaikan sebegini :
  • UMNO dah semakin parah sekarang ini.
  • UMNO bukannya bermatlamat untuk menjaga kebajikan rakyat.
  • UMNO tak disukai oleh ahlinya sendiri.
  • Apatah lagi majoriti rakyat menolaknya dalam PRU 12 baru2 ini.
  • Ahli UMNO grassroot dah tak percaya kepada pimpinan mereka sendiri.
  • Rakyat khususnya ahli UMNO dah begitu 'meluat' dengan telatah pimpinan mereka sendiri.
  • UMNO adalah parti korporat.
  • Pemimpin mereka akan bercakaran merebut jawatan seperti sekarang ini dan sudah terdapat rungutan dan aduan mengenai politik wang dalam pemilihan UMNO kali ini.
  • Terdapat ahli UMNO yang telah sedar tentang 'kebobrokan' pimpinan mereka.
  • Terdapat ahli UMNO yang telah menyedari bahawa UMNO bukan wadah sebenar untuk membela bangsa melayu.

  • Ini hanyalah pandangan saya... Inilah secebis kisah masyarakat.. untuk renungan kita semua.

Friday, November 21, 2008

KEDAH SEJAHTERA ADALAH DARIPADA HATI YANG SEJAHTERA

Salam perjuangan ... pendakwah sekelian..


Sekarang ini dan saat ini , saya berada di Alor Setar, Kedah darul Aman. Saya baru sahaja melalui sebatang jalan di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, di sebuah bangunan kerajaan saya terlihat, terpampang perkataan KEDAH SEJAHTERA. Ia merupakan motto kerajaan negeri Kedah yang baru menggantikan KEDAH GEMILANG di era BN dulu. Alhamdulillah, sejuk rasa di hati ni. Rasa tenang, tenteram dan damai sekiranya kita semua memahami perkataan sejahtera dalam erti kata sebenar.


Du`at sekelian, sekarang ini kerajaan Kedah dikatakan berhadapan dengan berbagai-bagai dugaan dalam pelbagai bentuk dan cara. Mula-mula isu balak, kemudian isu sogokan dan pemberian rasuah kepada wakil rakyat PR , disusuli pula dengan isu air, isu kuota 50% kepada Bumiputera untuk pembangunan tanah simpanan Melayu, isu wakil rakyat DAP ugut nak keluar dari PR, isu lawatan MB semasa perayaan Deepavali, isu piket peniaga pasar malam di Simpang Kuala, isu ladang ternakan babi di Bukit Selambau dan mungkin banyak lagi isu yang saya rasa boleh `melemaskan` kerajaan PR Kedah ini. Ianya menjadi bertambah rumit dan serius apabila perkara ini diputar belitkan dan disensasi oleh media perdana negara kita.


Akhirnya tidak ada cara lain untuk mengadu dan membawa masalah-masalah ini selain mengadu kepada Allah `Azzawajalla. PAS Kedah menganjurkan munajat dan solat hajat perdana di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini. Ya Allah Yang Maha Perkasa... Selamatkanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan bantuan engkau Ya Allah... Berilah kekuatan kepada pimpinan negeri kami untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah besar ini Ya Allah.... Jauhilah negeri kami ini daripada hasutan dan mainan tangan-tangan kotor yang sentiasa iri hati kepada perjuangan menegakkan kalimah Engkau Ya Allah di atas muka bumi ini.. Aminnn..


Kita semua perlu memahami bahawa perjalanan kita dalam merealisasikan Islam dalam kehidupan ini mempunyai halangan-halangan tertentu. Masyarakat buta agama antara yang menjadi penghalan utama. Memanglah. Ia adalah sunnatullah. Ia memerlukan masa yang agak panjang. Tidak perlu kelam kabut dan gopoh dalam tindak tanduk kita sebagai pendokong jamaah Islam . Pimpinan terpaksa melihat daripada banyak sudut dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini. Untuk mengekalkan kemenangan adalah lebih susah daripada mencari kemenangan.


Di sini saya cadangkan beberapa tindakan yang boleh kita laksanakan mengikut kapasiti masing-masing...




  • Kepada pendokong PAS, jangan cipta masalah kepada pentadbiran negeri dengan memperbesarkan perkara-perkara yang remeh dan `petty` dan jangan mempercayai berita-berita yang tidak pasti kesahihannya. Jangan bergantung kepada `syakhsiah` atau `individu` tertentu. Individu tertentu boleh datang dan pergi bila-bila masa sahaja. Yang pentingnya, kemenangan PR ini dan pemerintahan yang diterajui oleh PAS di Kedah ini perlu dipertahankan dan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa melalui sikap `tanasuh` dan `tasamuh`. Pimpinan dan ahli perlu compliment each other.


  • Kepada ahli parti PR yang lain... gunakan saluran yang betul untuk menegur dan berbincanglah dengan pimpinan sekiranya terdapat rungutan daripada rakyat terhadap satu satu polisi baru.


  • Kepada ahli, pendokong, penyokong BN dan UMNO serta player kepada `unmatured government media`... teruslah menggunakan media untuk mendapat habuan duniawi kamu dengan memporak porandakan kerajaan yang sah... nescaya kamu semua akan hancusssssss.... satu hari nanti. Kamu semu akan dimalukan oleh Allah hasil tindakan kamu semua.


  • Kepada `non Muslim` ... Jangan risau dan bimbang .. Sejarah telah membuktikan Islam, Muslim dan kerajaan Islam tidak boleh menzalimi dan bertindak di luar batasan undang-undang. Islam for All. Jangan kamu terjerat dengan mainan politik sempit BN dan UMNO.


  • Anda sebagai pendakwah perlu memiliki dan merasai hanya dengan `hati yang sejahtera` sahajalah yang menempatkan kita dalam syurga Allah `Azzawajalla. Kita mesti berperanan dalam memberi mesej yang sebenar kepada mad`uwin kita. Not to involve in controvesial issues and statements.

Sekian... Wassalam....

Thursday, November 20, 2008

JAMAAH ISLAM X`KLUSIF MENGGUGURKAN PENDAKWAH

  • Assalamu`alaikum..... Du`at yang dihormati.
  • Kita semua amat memahami bahawa kerja-kerja dakwah perlu dilakukan dan dilaksanakan secara berjamaah atau secara jama`ie. Kita tak boleh buat secara sorang-sorang kerana kita akan mudah diterkam oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa berkelakuan seperti serigala. Sesuatu jamaah (sekurang2nya kita memahami jemaah itu bermaksud satu kumpulan yang lebih daripada 2 orang) dikatakan sebuah jemaah Islam pula, apabila ia mendasari perjuangannya dan perlaksanaan aktiviti dakwahnya kepada Islam dan Mardhatillah. Bukannya sebab-sebab yang lain. Ia juga perlulah mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah Jamaah Islam yang digariskan oleh `Alim `Ulamak haraki terdahulu dan sekarang ini yang saya reserve untuk memperincikannya dalam artikel ini, mungkin dalam artikel lain selepas ini, Insya Allah.
  • Dalam waqi` Malaysia pada hari ini, kita tak boleh nafikan bahawa wujudnya banyak Jamaah Islam dengan berbagai nama dan beraneka cara atau strategi dakwah mengikut gaya dan approach yang tersendiri. Cuma diharapkan tidak ada `sigung menyigung` di antara satu sama lain kerana ia memberi kesan negatif kepada Ummah.
  • Ahli-ahli Jamaah Islam amat memahami peranan mereka sebagai pendakwah daripada mereka yang tidak terlibat dalam mana-mana Jamaah Islam. Mereka berkeyakinan bahawa penglibatan dalam Jamaah Islam adalah satu kewajipan dalam menuju matlamat yang agung iaitu Mardhatillah.
  • Kadang-kadang, mereka begitu semangat, komited dan sentiasa istiqamah dalam apa jua aktiviti Jamaah. Kesemuanya adalah kerana Allah `Azzawajalla, kerana Islam, kerana wala` dan ta`at kepada pimpinan, kerana kasih kepada Ummah, kerana bertujuan untuk memperbaiki diri, kerana untuk memahamkan diri sendiri dan Ummah mengenai Islam, untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah Islam setiap hari dan banyak lagi alasan-alasan lain yang menyebabkan mereka begitu komited kepada Islam dan Jamaah yang mereka anggotai.
  • Ada dua tonggak penting dalam kehidupan berjamaah ini.
1) Ahli
2) Pimpinan
  • Apa yang saya nak sentuh dalam artikel ini ialah terdapat ahli yang terlalu mengharapkan sesuatu yang menguntungkannya di Akhirat kelak kepada pimpinannya dalam kerja buat Islam ini dan begitu juga pimpinan pula amat mengharapkan kepada ahlinya untuk melakukan yang terbaik untuk Islam dan Ummah. Apabila masing-masing mengharapkan sesuatu yang terbaik di antara satu sama lain, akhirnya dipendekkan cerita terkeluar perkataan daripada mulut ahli-ahli bahawa JAMAAH INI TERLALU EKSKLUSIF UNTUK AKU memberi khidmat untuk Islam.
  • Maka berlakulah ahli yang bersembunyi, tak nak menonjol diri, menyorok, melarikan diri daripada jawatan, malas, tak ada mood nak buat kerja, tak nak pergi usrah dan lain-lain program tarbiyah yang telah diaturkan, tidak wala` atau ta`at kepada pimpinan dsbnya. Di pihak pimpinan pula terus mengatakan bahawa ahli seperti ini adalah ahli yang bermasalah yang tidak melalui sistem tarbiyah dengan betul dan mereka seperti ini tidak perlu berada dalam jamaah. Sedangkan di pihak ahli mengatakan pula tidak wujud jamaah tanpa ahli. Sesuatu Jamaah perlu compliment each other, saling `perlu memerlukan` di antara satu sama lain.
  • We are not perfect. Pimpinan bukannya maksum. Ahli bukannya betul kesemuanya. Pimpinan dan ahli perlu menjaga kredibiliti jamaah. Pimpinan dan ahli perlu ingat mengingati dan tegur menegur sentiasa. Pimpinan dan ahli tidak boleh bersikap `ajalah (gopoh) dan merajuk dalam kerja dakwah di atas muka bumi ini. Apa-apa pun mad`uwin perlu diutamakan.
  • INGAT !!! BEGINILAH BUDAYA BERJAMAAH ... JANGAN PUTUS ASA... JANGAN LUPA... ANDA ADALAH PENDAKWAH ... JANGANLAH ANDA GUGUR DI ATAS JALAN DAKWAH INI ... DAN JANGANLAH ANDA SEBAGAI PENDAKWAH MENGGUGURKAN PENDAKWAH LAIN UNTUK BERADA DI ATAS JALAN DAKWAH INI.
  • Ikhlas dariku.....

Wednesday, November 19, 2008

VIRUS POLITIK WANG MENYERANG UMNO LAGI?



  • Assalamu`alaikum .... Du`at yang dikasihi...

  • Para du`at perlu memahami maksud sebenar politik wang. Apa itu politik wang? Kenapa bila tiba sahaja musim pemilihan UMNO, masalah atau perkataan politik wang akan terpampang di dada-dada akhbar. Orang itu terlibat... Orang ini terlibat...

  • Politik wang adalah rasuah le bang ooiii. Tetapi ia diberi nafas baru kerana budaya tak sihat dan tak soleh ini akan beroperasi secara liar dan tidak terkawal apabila menjelang perhimpunan agung Umno. Jadi untuk mengelak daripada dijerat dan disiasat oleh BPR, kalimah politik wang digunakan. Apabila terdapat sahaja aduan berkaitan dengan politik wang dalam UMNO, maka Jawatankuasa Disiplin parti yang diketuai oleh Tengku Rethauddin akan menyiasat bukannya BPR. Pelik tapi benar. Inilah yang berlaku di hadapan kita.

  • Saya secara peribadi naik `lemas perut` dengan budaya rasuah yang berlegar dalam urusan politik dan business. Budaya ini sudah sampai ke tahap yang amat-amat kritikal dan susah untuk ditangani. Umat melayu akan dipandang hina jika sekiranya budaya rasuah terus menerus beroperasi dengan ganas dalam UMNO kerana sehingga hari ini pemimpin UMNO terus mengatakan bahawa UMNO pembela melayu dengan slogan hidup melayu mereka. Oleh itu, apabila UMNO dihina kerana rasuah secara tak langsung tempiasnya terkena kepada orang melayu juga.

  • Saya ada menulis satu artikel berkaitan dengan budaya rasuah ini dalam buku saya, ORANG MASJID KONTEMPORARI di bawah tajuk Rasuah Keliling Pinggang. Saya rasa elok sekiranya kita semua mengambil manfaat daripada artikel ini untuk kita sama-sama membebaskan diri kita dari belenggu rasuah ini.

  • RASUAH KELILING `PINGGANG`

    Sekacip pinang

    Rasuah….rasuah… Biasanya kita sebut hutang keliling pinggang. Tapi kini, rasuah bermaharajalela. Ada di sekeliling kita. Ada di mana-mana. Pusing kanan ada rasuah…. Pusing kiri ada rasuah .. nak dongak ke atas sikit, kena bagi rasuah.. Tak nak bagi rasuah, kerja tak jalan…Tak ambil rasuah, orang lain dapat… Tak nak ambil rasuah, orang lain pelawa , suruh ambil jugak-jugak.. kasi hadiah sama anak-anak.. Ini upah pasal lu tolong gua…Pi Jabatan tu ada rasuah.. Pi Jabatan ni ada rasuah.. Nak naik kapal terbang pun kadang-kadang kena bagi rasuah.. Nak dapat tambang murah, kena bagi rasuah. Pi pejabat swasta pun ada rasuah.. Nak dapat kerja di kilang-kilang pun kena bagi rasuah.. Apatah lagi nak naik pangkat, silap haribulan kena jaga dan kena bagi rasuah kepada pihak-pihak tertentu.... Nak cepat dalam satu-satu urusan, kena bagi rasuah... Bila bagi saja.... kerja sebulan boleh selesai dalam seminggu... Rasuah ada di merata-rata tempat. Rasuah ada di pusat-pusat pengajian tinggi?. Rasuah ada di sekolah ?. Rasuah ada di pejabat-pejabat kerajaan? Rasuah berlegar di kawasan lapangan terbang.. Dari mula memohon tanah, rasuah diberi?. Menukar syarat tanah, rasuah diberi ?. Mendapatkan Certificate Of Fitness, rasuah diberi?. Sampai kepada siapakah yang harus menghuni rumah, rasuah juga diberi?. Rasuah ada di merata-rata tempat. Rasuah berlaku juga dalam urusan jual beli hartanah.. urusan kontrak dan juga projek kerajaan? Rasuah berlaku dalam urusan lelongan ?. Rasuah juga berlaku dalam urusan pernikahan? Tak mustahil juga, rasuah boleh berlaku dalam urusan agama.. Rasuah juga boleh berlaku dalam masjid..

    Rasuah boleh juga berlaku dalam keluarga kita tanpa disedari. Rasuah berlaku dalam urusan pendidikan anak-anak. Rasa gerun juga sekiranya rasuah masuk dalam rumah tangga kita. Astaghfirullahal`azim... No Money No Talk.. Segala-galanya mesti ada balasan atau mana dia `consideration`nya walaupun dialah yang punya tanggungjawab.. Ada juga yang berpandangan, `La ni , dalam dunia la ni , kalau hang tak bagi sikit atau hang tak hulog kat depa, pakai hang dok kelupog soghang-soghang hang la`... `Nak hidup bang... nak buat macam mana` ... ` Aku dapat nanti, projek tu, aku buat la kenduri kat masjid, teghok nak dapat gheja la ni.. duit lebih tu aku sedekah .. aku derma kat wisma anak yatim`... Tuuu diaaa .. duit rasuah meresapi dalam program kebajikan... Tak mustahil, duit rasuah juga digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah... Berkat kot no!!! Ada juga yang menggunakan duit rasuah untuk membeli rumah baru atau memperbesarkan rumah kediaman.. Dia kira nak hidup ja, mati dia tak ingat. Bila-bila masa pun boleh mai. Nak minta tolong `timbang barang` di lapangan terbang pun, kadang-kadang kena bagi rasuah... Pening kepala dibuatnya. Alahai... Rasuah... rasuah... Dalam dok jaga-jaga.. tak mau amalan rasuah masuk atau hinggap dalam kamus atau diari seharian kita ... tengok-tengok dok ada di tepi dah.... Nasib baik tak masuk lagi... Astaghfirullahal`azim.... Mungkin dah jadi darah daging sebahagian besar masyarakat kita kot...

    La ni tak kan kita nak tengok saja kot.. Tak kan kita nak tumpang semangkok kot . Tak kan kita nak libat kot . Tak kan nak join sekaki kot. Mana peranan kita sebagai pendakwah ? Mana peranan kita sebagai hamba Allah? Mana peranan kita sebagai penyebar risalah Islam ? Mana ilmu yang kita mengaji masa sekolah agama dulu? Mana identiti kita sebagai orang mukmin?

    Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) baru-baru ini menunjukkan rasuah masih bertapak dalam hati rakyat Malaysia. Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke 39 untuk tahun 2005 dan 2004; serta tangga ke 37 untuk 2003. Begitu juga dari segi peratusan mata yang dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibanding 5.1 peratus untuk 2005; 5.0 peratus (2004) atau 5.2 peratus (2003) . Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30. Saya tak bermaksud, saya menyokong mereka. Tapi, sebagai perbandingan. Jiran kita,Singapura pula berada di tempat ke 4 dan ke 5 terbaik di dunia.! Malu la kita pada Singapura. Dulu, Singapura sebahagian daripada Malaysia. Kini, Singapura lebih baik dan lebih maju daripada Malaysia.

    Persoalannya di sini ialah mengapa masyarakat dan para penganalisa menganggap suasana rasuah semakin meningkat di Malaysia? Adakah mereka menganggap urusan pentadbiran di sektor awam dan swasta tidak berada pada tahap yang sewajarnya? Apakah tahap integriti sektor perniagaan dan pentadbiran negara tidak begitu bagus sehingga mereka menganggap rasuah yang juga ada kaitan dengan masalah pentadbiran negara ini begitu meruncing di negara kita?

    Memang diakui oleh kita semua, gejala rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semakin bertapak di Malaysia baik dalam pihak pentadbiran kerajaan sebagai penerima rasuah ataupun pihak korporat dan awam sebagai pemberi rasuah. Betul ke ni ? Nak kata betul, kadang-kadang rasa macam tak betul. Nak kata tak betul, tapi rasa macam betul. Hakikatnya memang betul, jangan berdolak dalih. Memang wujud gejala rasuah di negara ini. Rasuah semakin parah. Rasuah terus membarah . Kes atau skandal rasuah melibatkan pentadbir negara merata-rata.

    Cuba lihat kepada Laporan Audit Negara 7 September 2007 lalu. Dalam Laporan ini, Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya kepincangan dan rasuah di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan dalam menguruskan dana awam, termasuk pembelian 13 peralatan dan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran hingga kerajaan menanggung kerugian hampir RM8.39 juta. Bayangkan saudara, harga Technical Pens Faber Castell berharga RM1,146.56 1 set sedangkan harga pasaran RM 160.00 sahaja. Harga kamera digital Kodak DC4800 USA berharga RM8,254.00 1 set sedangkan harga pasaran hanya RM 2,990.00. Harga 2 tonne jack RM 5741.69 1 set sedangkan harga pasaran hanya lebih kurang RM 50.00 sahaja. Harga Philips Screwdriver RM 224.00 1 set. Sedangkan harga pasaran hanya RM 32.00 1 set. Harga pasu plastik 1 set RM 42.80, sedangkan harga pasaran hanyalah RM 5.20 sahaja. Alahai... kenapalah boleh jadi begini... Boleh musnah negara.

    Tahukah anda, rasuah adalah antara pencetus jenayah dan mengancam keselamatan negara. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tidak memberansangkan. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

    Rasuah ini bukanlah merupakan suatu bidang pekerjaan tetap si pengamalnya. Rasuah merupakan satu `budaya tidak soleh atau tidak sihat` yang berlaku setiap detik waktu. Rasuah adalah satu penyakit yang amat susah diubati. Rasuah pernah dikatakan sebagai salah satu profesion sambilan manusia yang mempunyai pendapatan secara pasif. Kadang-kadang pendapatan pasif ini melebihi daripada pendapatan tetap bulanan. Selain daripada itu, banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang terlalu mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan serta pendidikan rakyat.

Tuesday, November 18, 2008

RAWATAN ISLAM DIZALIMI

  • Salam perjuangan ... pendakwah sekelian...
  • Alhamdulillah.. Persatuan Kebajikan Dan pengubatan Islam Malaysia atau Persatuan Darussyifa` Utara (PDU) telah berjaya ditubuhkan. Aktiviti pertama iaitu kelas pengajian atau kuliah untuk pelatih-pelatih baru telah berjaya dirasmikan dan dilancarkan oleh penaung persatuan iaitu Yang Berbahagia Datuk Harun Din Al Hafiz pada tanggal 15 hb November 2008 , hari Sabtu yang lalu di Surau At taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Seramai 151 peserta badge pertama Darussyifaa` Utara telah diterima masuk yang datang dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
  • Kelas ini akan dijalankan selama 90 jam (contacts hours) dan Insya Allah akan tamat dalam masa setahun. Aktiviti yang kedua yang dijalankan oleh PDU ialah satu program khidmat masyarakat iaitu rawatan Islam yang dikendalikan oleh perawat-perawat kanan yang datang daripada Kemunting, Kulim, Parit Buntar dan Kuala Lumpur.
  • Oleh itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapat rawatan Islam ini boleh hadir di Surau At Taqwa di atas selepas Isya` pada setiap hari Jumaat malam Sabtu. Untuk maklumat terperinci.. sila hubungi Us Rahim di talian..013 5209823.
  • Betulkah rawatan Islam dizalimi.... Sebagai pendakwah kita sentiasa canang atau membawa `mulut` ke hulu ke hilir dengan mengatakan Islam adalah penyelesai masalah umat manusia. Betul ke ni, Islam penyelesai masalah umat sedangkan kita sendiri , apabila ditimpa musibah atau ujian daripada Allah dalam bentuk penyakit penyakit fizikal dan rohani, kita sendiri menjadi orang pertama mencari bomoh dan cara rawatan yang bukan dari Islam. Kita tak refer kepada Islam yang merupakan `problem solver` kepada penyakit-penyakit di dunia ini. Kenapa jadi begini. Kenapa rawatan Islam diketepikan dan terus dipinggirkan untuk berada dalam arus perdana masyarakat. Kata saja tapi tak buat pun malah tak percaya pun ada. Orang Islam kita sendiri yang tidak percaya kepada rawatan Islam. Kenapa jadi macam ni....
  • Seorang sahabat Nabi SAW, Abu Sa`id Al Khudri ra pernah satu ketika diminta oleh Nabi SAW mengetuai satu deligasi berdakwah ke satu kampung. Apabila tiba sahaja di kampung tersebut, penduduk kampung tersebet mengadu hal kepada Abu Sa`id mengenai seorang penduduk telah terkena `sengat` kala jengking. Abu Said sebagai seorang pendakwah yang diamanahkan oleh nabi untuk berdakwah, telah bertindak sebagai seorang `doktor dan perawat` kepada penduduk tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah, Abu Sa`id dapat mengeluarkan bisa kala jengking dengan bacaan beberapa ayat Al Quran Al Karim. Orang kata macam `ambik kute buang` penyakit atau bisa kala jingking tu. Allahu Akbar. Islam adalah penyelesai masalah umat.
  • Sebaik-baiknya kita kembali kepada Islam secara total termasuk mengakui bahawa di dalam Islam terdapat rawatan secara Islam yang berperanan sebaga penyelesai masalah atau penyakit di atas dunia ini.
  • Sekian... Wassalam...

CATATAN DIARI NURSYIFAA - ANAKKU

Nursyifaa (baju merah) bersama famili di hadapan Tembok Besar China

bersama abangnya, M Suhail di hadapan bongkah batu besar piramid di Mesir

Assalamu`alaikum..... Du`at sekelian...
Minta maaf .. dah empat hari tak menaip... sibuk dengan macam-macam aktiviti hujung minggu lalu. Letih sungguh. Jadi, sementara untuk saya ambil mood menulis semula, saya lampirkan tulisan anak perempuan saya yang bernama Nur Syifaa yang berumur 10 tahun dalam CATATAN DIARI NURSYIFAA .

Saya baru sahaja jumpa tulisan diarinya dalam lap top saya. bacalah .. mungkin kita semua boleh ambil pengajaran daripada sebahagian kecil kisah hidupnya.

CATATAN DIARI NUR SYIFAA…

Assalamualaikum… nama saya Nur Syifaa Binti Rosidi. Saya ni malas kalau nak cerita panjang – panjang. Saya nak bagitau umur saya ni... umur saya jerr. Umur orang lain saya minta maaf sebab saya ni malas nak cerita tentang umur orang lain... sebab sekarang ni tengah – tengah malam. Tak palah saya nak tidur dulu... assalamualaikum... hari sabtu malam ahad... tarikh 20 september 2008... malam 21...

Assalamualaikum... saya minta maaf sebab saya dah beberapa hari dah tak tulis diari. Tak silap saya 7 hari dah... hmm, betullah... dah 7 hari dah saya tak tulis diari...saya rasa lai 3hari lagilah nak raya... ramadhan tinggalkan kita... sedihnya... isk,isk,isk...macam mana tah dengan puasa saya... banyak hari bergaduh dengan abang banyak hari tinggal puasa... anggaplahh... hmm.... tahu tak sekarang pukul berapa? Pukul 11:15.. saya nak main game sebentar la... tunggu yerr.. satgi saya bagitaula apa apa kalau saya nak bagitau... game pun tak seronok.. baik tak payah... tak palahh... saya tak larat dah lahh.. bye, assalamualaikum... hari sabtu malam ahad..tarikh 27 sep -08... malam 28...
Nur Syifaa di atas Jabal Rahmah, Padang Arafah



dalam ihram Umrah bersama famili, ketika melawat muzium Haramain, niat di Hudaibiyah


Assalamualaikum... sekarang saya sedang tonton television sambil tulis diari.. bila nak buka puasa niiii.... lambatnya ... sabar... hmm, tak silap saya lusa dah raya.. saya pakai baju warna hijau kot hari pertama... tak silap saya lahh. Jubah seluar , bukan baju kurung.. saya ada 5 pasang.. 2 baju kurung dan 3 baju jubah seluar. Rasa tak sabar nak raya dan sedih la sebab ramadhan dah nak tinggalkan kita.. harap harap saya dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini.. tak palah saya letihh la... assalamualaikum... hari ahad malam isnin tarikh 28 sep -08 malam 29...

Assalamualaikum... saya rasa gembira sangat sebab esok dah raya... alhamdulillah..... hmm, yang baju saya tu ada 5 pasang tapi ada 2 pasang tu baju kurung yang lain semua baju jubah seluar.... saya tak mandi lagi ni.. sebentar ya...

Tak ingat hari apa!!!! Maaf.

Nur Syifaa ber`purdah`


memberi makanan kepada kanggaroo di Perth, Australia
Assalamualaikum, saya minta maaf sangat lah sebab saya dah lama sangat dah tak tulis diari saya ni.. daripada bulan 9 sampai bulan 11. maksudnya dah sebulan lebih la... saya minta maaf sangat2 la..

Saya baru balik dari kampung sebelah mak saya. Abang saya pandai naik motorrr. Tapi, malam tu tongkat motar tu terkena kuku kaki abang saya. Kuku kaki abang saya macam nak kena cabut jerrrrrrrrrrrrrr !!!! saya minta maaf lah sebab ayah saya nak guna laptop lama bukan sat... assalamualaikum... hari isnin malam selasa, tarikh 17 nov -08.
bersama famili di Australia









Friday, November 14, 2008

`POLITICIAN` TAK BERPERANAN SEBAGAI PENDAKWAH?

Assalamu`alaikum... pendakwah sekelian..

Kita perlu memahami siapakah yang dikenali sebagi `Politician` atau ahli politik? Dari segi undang-undang ahli politik mestilah menganggotai mana mana parti politik. Jadi saya anda dan mereka yang menganggotai dan menjadi ahli parti politik adalah `politician`.

Politik dalam bahasa arab bermaksud siasah dan ahli politik boleh dipanggil ahli siasah. Siasah comes from the root word `sa sa` `ya su su` `siasah` yang boleh membawa maksud mengurus atau pengurusan. Jadi, ahli politik Islam adalah mereka yang sentiasa `mengurus` hidup ini atau pun dunia ini dengan Islam.

senyum ahli politik adalah dakwah

Persoalannya sekarang ini benarkah politician sekarang ini tidak berperanan sebagai pendakwah. Ini adalah satu penilaian semula. Muhasabah. Mari kita menilai diri kita masing-masing.

Politician adalah Pendakwah
Ada ahli politik suka berbohong, bukannya berbohong sikit-sikit tapi bohong hidup-hidup, rakyat pada pandangan mereka boleh dijualbeli dengan harga sekupang dua kupang sahaja. Ada yang tidak menepati janji, bercakap belit lebih daripada `loyar` lagi, bersikap kasar dan keras.

Ahli Politik dan Tutur Kata


Kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh berundur, tetapi terlajak kata buruk akibatnya. Cakap tak serupa bikin. Ungkapan-ungkapan sebegini sentiasa bermain dalam fikiran masyarakat. Daripada lidah tak bertulang ini, kita nak masyarakat memahami Islam dan beramal dengan Islam, tetapi tanpa disedari oleh kita sendiri , hasil daripada ucapan kita sendiri, masyarakat menjadi lebih terkeliru dan jauh daripada ajaran Islam. Sikap menokok tambah dalam ucapan kita, berbohong, tidak tepat dalam menghurai satu satu isu, hentam semborono, kata mengata di kalangan ahli politik Islam juga berlaku.
Adakah semua ini ciri-ciri pendakwah ? Mereka ini mungkin pendakwah atau mereka cuba menjadi pendakwah tetapi pada masa yang sama tiada penerusan program tarbiah dalam diri mereka.
Ahli Politik Dan Amalan Harian


Suka bersembahyang lambat, tidak suka sembahyang berjemaah, amat jarang berjemaah di masjid atau surau, tidak bermasyarakat dengan penduduk setempat, tidak ada masa berusrah atau berbincang dengan isteri dan anak-anak, tidak mengerjakan sembahyang subuh berjemaah di masjid atau di surau atau dengan keluarga, tidak membaca Al Quran setiap hari, tidak berusaha menghafal Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW, Al Quran tidak sentiasa bersamanya, tidak bermuamalah dengan jiran, tidak suka bersedekah atau menderma, suka berkira-kira dengan amalan, tidak ada masa untuk terus menuntut ilmu, tidak pernah berpuasa sunat, tidak bangun menunaikan sembahyang tahajud di tengah malam, qiyamullail tidak ada dalam kamus hidupnya dan banyak lagi amalan-amalan Ruhiah yang tidak menjadi rutin kehidupan dan aktiviti harian atau mingguan kepada seseorang pendakwah.

Ahli Politik Dan Tingkahlaku


Bersikap kasar, bengis, sombong, takabbur, ego, emosional, pemarah, tidak menepati masa, pengotor, tidak kemas, kenderaan tidak bersih, tidak senonoh, melawak berlebihan, batu api , mencaci, keadaan keluarga yang bermasalah, isteri dan anak-anak tidak memelihara a’urat , sentiasa berprasangka buruk, tidak tetap pendirian, suka mencipta masalah daripada menyelesai masalah, tidak ada perasaan kasih sayang, suka meninggi diri, individualistik (ananiah), suka memutuskan silaturrahim dan banyak lagi tingkah laku buruk yang telah dizahirkan oleh kita tanpa disedari, yang telah menyebabkan masyarakat menjadi jelek dan keliru dan seterusnya masyarakat tidak mempercayai langsung dakwah kita yang telah disampaikan kepada mereka.
Enough Is Enough. Cukuplah setakat itu. Marilah sama-sama kita menggariskan satu garisan merah kepada tingkah laku buruk kita yang terdahulu. Marilah sama-sama kita melakukan perubahan atau reformasi ke atas tingkahlaku kita ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu dakwah yang paling berkesan iaitu dakwah bil hal.
Benar atau pun tidak benar, sebagai ahli politik kita telah berperanan sebagai pendakwah, ia bergantung sepenuhnya kepada diri kita masing-masing. tepuk dada tanyalah iman.

Wassalam..


KENAPA KERJA DAKWAH PERLU PUBLISITI ?

Nak berniaga mesti kena publisiti, apatah lagi perniagaan yang menguntungkan kita di akhirat nanti

Nak jual itik panggang pun kena publisiti, apatah lagi nak promosi Islam as away of life



Salam perjuangan .. para pendakwah sekelian..

Dari hari Jumaat lepas hingga ke hari ini, Jumaat 14hb Nov 2008, muka saya terpampang dalam newspaper Sinar Harian@Utara sebanyak 4 kali. Kadang-kadang tu rasa malu juga. Tak ada muka lain ke. Ada orang kata macam tu pada saya. Mungkin saya masih baru lagi dalam berurusan dengan masyarakat sekitar dan juga masih baru lagi dalam urusan dakwah melalui newspaper ni.


Berita pertama mengenai Pesta Gay di Pulau Pinang, kedua menegenai peranan tarbiyah dalam kerajaan Islam mahu pun dalam gerakan Islam. Ketiganya, sumbangan kebajikan kepada mereka yang memerlukan dan keempat hari ini yang saya sendiri pun tak sangka akan publish, saya memberi pandangan mengenai program BTN yang dikatakan ada unsur-unsur perkauman.


Jadi, saya terfikir juga kenapa kita perlu publisiti kerja-kerja sebegini. Ada tujuan yang tak baikkah? Ada udang di sebalik batukah? Ada unsur-unsur tak ikhlaskah dalam diri saya ni? Atau mungkin juga saya yang ketinggalan dan tertinggal jauh di belakang kerana `bersembunyi` dan `menyorok` di belakang? Semua kita adalah pemimpin, kenapa kita duduk di belakang. Masyarakat mengharapkan kepada kita semua untuk memimpin mereka kepada `Jalan Yang Lurus`. Kenapa aku perlu `jual mahal`?


Jadi saya rasa, saya boleh rumuskan kenapa kerja-kerja dakwah perlu kepada publisiti media?
  1. Media massa yang pelbagai itu merupakan wasilah dakwah yang perlu dimanfa`atkan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan Islam.
  2. Untuk kepentingan Islam bukan yang lain daripada tujuan ini.
  3. Menggunakan teknologi terkini supaya Islam sampai kepada ` dalam dapur` sekali pun.
  4. Suratkhabar antaranya menjadi tatapan masyarakat`kedai kopi`.
  5. Supaya berita-berita Islamic yang banyak ini menguasai dan memenuhi setiap helaian daripada berita2 hiburan.
  6. Supaya berita dakwah ini sampai kepada akar umbi masyarakat.
  7. Supaya urusan dakwah ini berlegar dalam minda masyarakat.
  8. Untuk mengenengahkan Islam dalam bentuk praktikal bukan hanya cakap kosong sahaja.
  9. Bantu-membantu sesama Umat.
  10. Alasan lain ada dalam diri anda sendiri.
Wassalam....


Wednesday, November 12, 2008

HAJI ADALAH `CERMIN` HIDUP MANUSIA


Assalamu`alaikum ..... Du`at yang dikasihi..


Musim haji tiba lagi... Terasa baru aje balik dari mengerjakan haji di Mekah.. Rupa-rupanya dah 2 tahun lebih dah aku menunaikan rukun Islam yang ke lima ni. Terasa sayu juga, apabila hadir dalam majlis `menghantar orang pi haji` ni. Rasa hati macam nak pi la la tu jugak. Aku pun tak tau sebab apa rasa macam tu. Walaupun begitu aku mengharapkan perasaan aku sebegini bukannya disebabkan aku suka melancong dan berjalan-jalan di luar negara. Aku juga mengharapkan supaya haji yang aku telah lakukan itu diterima oleh Allah SWT dan memenuhi ciri-ciri ibadah haji yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW .


Berulang-alik ke masjid nabi, ziarah tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah, aku kontrol segala-galanya, makan minumku, perkataan dan perbuatanku, tegur menegur di antara rakan sebilik, aku memperbanyakkan tawaf dan solat sunat, berqiyamullail setiap malam, aku penuhi masaku dengan zikir kepada Allah swt, aku diminta oleh Ustaz Hassan Razak untuk memberi tazkirah di Hilton Hotel di Madinah yang merupakan satu penghormatan kepadaku.


Aku diam dan mendiam diri bila rakan-rakan melawak lebih-lebih, atau aku melarikan diri ke masjid bersama zaujati, ketika ketiga-tiga kawan bilikku demam termasuk seorang doktor, dalam hati bila pula giliranku, aku tidak berbelanja lebih-lebih kerana dikhuatiri lari niat, aku kurang tawaf kidai, aku jarang berada dalam bilikku kerana TV ter`pasang` sedia, aku kurang makan makanan ber`angin` kerana nak jaga wudhu, aku makan vitamin yang aku bawa dari Malaysia sebagai usaha kecilku untuk menjaga kesihatan, aku menolak pelawaan kawan2 dari malaysia untuk pergi jalan-jalan cari makan atau jalan-jalan buang masa, aku juga kadang-kadang tu terintai-intai mana muka wa punya `mini`, tak tengok satu hari tarak boleh .



ketika di Mina bersama kawan baikku yang` kurang mulutnya` Din Siam


Bila tibanya hari Tarwiah, 8hb Zulhijjah, maka bermulalah perjalanan ibadah haji yang sebenar. Berniat dan berihram lalu bergerak menaiki bas melalui Mina ke `Arafah, wuquf di `Arafah 9 Zulhijjah, ke Muzdalifah, cuaca terlalu sejuk, aku bersabar dengan dugaan ini, aku banyak masa dengan Ustaz Hassan Razak (yang kini PA MB Kedah), lalu bergerak ke Mina, satu tandas untuk seribu orang, sampai awal pagi, sejuk, aku tak banyak cakap , aku takut, seram sejuk, aku sabar, aku melontar d Jamratul Kubra pada 10hb Zulhijjah untuk tahallul awal. Pada ketika itu aku dah boleh pakai baju `raya` . Lepas itu aku dan sebahagian jemaah haji Cantumas balik ke Mekah untu menyelesai tawaf rukun dan saie haji. Aku selesai tahallul thani. Aku bersyukur banyak-banyak kepada Allah aku dapat menyelesaikannya dengan baik.


sayu melihat kaabah dari jauh


Selepas tu, aku dan Jemaah yang lain, sewa bas, balik ke Mina semula sebab amalan haji masih tak selesai lagi walaupun dah tahallul thani iaitu melontar di ketiga-tiga jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah. Bas kami tersangkut tengah jalan. Sesak teruk. Kami berjalan kaki balik ke Mina. Ta`ban Jiddan. Tapi aku happy. Tidak ada apa apa dalam fikiran aku kecuali semuanya yang aku lalui adalah keranaNya. Selepas dah melontar ketiga-tiga Jamrah, aku selesai semua amalan haji kecuali isteriku kerana dia masih belum tawaf haji, aku dan isteri pun balik ke Mekah. Waktu inilah badanku mula rasa lain macam (mungkin kaffarah dosaku), Alhamdulillah 1 1/2 hari aje demam, lepas tu aku sihat.




marilah minum susu unta




Bila isteriku `boleh` tawaf beserta dengan saie, aku pun memimpinnya untuk menyelesaikan hajinya. Tidak ada kata yang paling sesuai dan manis untuk aku ucapkan kecuali syukur setinggi-tingginya kepada Allah di atas penentuan ini.


Du`at sekelian, apa yang nak saya sampaikan dari mesej haji ini, bukannya bertujuan yang tidak baik, tapi sebenarnya... apa yang nak rakan-rakan fikirkan...adalah...


ADAKAH ANDA MERASAI BAHAWA PROSES MENGERJAKAN HAJI BERMULA DARIPADA MELANGKAH KELUAR DARI RUMAH KITA DI MALAYSIA SEHINGGA KITA SELESAI MENGERJAKAN RUKUN, WAJIB HAJI DAN KESEMUA AMALAN HAJI MERUPAKAN `CERMINAN` KEHIDUPAN SEBENAR KITA DI ATAS MUKA BUMI INI SEHINGGA KITA MATI.


Kalau anda tak percaya, baca sekali lagi apa yang tersirat di sebalik perkataan-perkatan saya di atas atau kenangkan balik amalan haji anda sendiri, Insya Allah anda akan mula mempercayainya bahawa itulah hidup kita sebelum kita menemui Allah `Azzawajalla.


Fikir-fikirkanlah....

ROSIDI HUSSAIN ALBERTAMI: SERIUSKAH KITA NAK BUAT KERJA UNTUK ISLAM ATAU `JUST` NAK BUAT GITU-GITU AJE....

ROSIDI HUSSAIN ALBERTAMI: SERIUSKAH KITA NAK BUAT KERJA UNTUK ISLAM ATAU `JUST` NAK BUAT GITU-GITU AJE ...


">Link

Monday, November 10, 2008

SERIUSKAH KITA NAK BUAT KERJA UNTUK ISLAM ATAU `JUST` NAK BUAT GITU-GITU AJE....

Umat mengharapkan anda semua membantu mereka...

Assalamua`laikum..... Du`at yang dikasihi...

Baru-baru ini , saya menerima sms daripada seorang sahabat.. Sms nya berbunyi..


`Salam , apa ayat Quran yang kata apabila 2 saudara bergaduh, damaikanlah. Ana tengah musafir & cuba menyelesaikan masalah 2 saudara satu gerakan yg bergaduh & berpecah belah`

Apabila saya menerima sms ini, saya termenung sejenak dan terfikir dalam hati, sebab apa jadi macam ni, seriuskah kita nak buat kerja untuk Islam ni, sampai nak gaduh-gaduh sesama ahli sejamaah. Ataupun mungkin terlampau serius sampai gaduh-gaduh. Atau pun mungkin juga tak serius dan nak buat `gitu gitu aje` sehingga sampai nak bergaduh.

Kebiasaannya penglibatan aktif kita dalam kerja buat `untuk Islam` secara jamaie ini memerlukan kefahaman Islam yang mantap, kesabaran yang tinggi, keikhlasan yang jitu, komitmen yang berterusan, kesungguhan dalam segala tindakan, tautan ukhuwwah yang tinggi, istiqamah dalam amalan dan lebih mudah untuk saya simpulkan di sini, 10 ciri-ciri rukun Bai`ah yang telah dipelajari dalam usrah perlu di hayati oleh semua pendokong Islam.

Sebagai renungan bersama marilah kita menghayati sepuluh wasiat Imam Hassan Al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin, Mesir dalam mengharungi hidup yang berpancaroba ini dan mengelak diri kita ini daripada terjebak dalam pergaduhan sesama sendiri yang tidak mendatangkan faedah kepada Islam.

Wasiat 1:Segeralah tunaikan solat

Wasiat 2: Bacalah Al Quran

Wasiat 3: Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab Fusha

Wasiat 4: Janganlah saudara banyakkan perdebatan

Wasiat 5: Janganlah banyak ketawa

Wasiat 6: Saudara jangan bergurau

Wasiat 7: Jangan mengangkat suaramu lebih dari yang diperlukan oleh pendengar

Wasiat 8: Saudara jangan mengumpat

Wasiat 9: Berkenalan dengan orang yang saudara temui

Wasiat 10: kewajipan lebih banyak dari waktu

Jadi saya menasihati diri saya dan juga semua rakan-rakan supaya kita dapat menghindari daripada pergaduhan sesama sendiri ini. Beringat-ingatlah sesama kita seperti mana ingatan dalam satu Hadith Nabi SAW , ....Idza Lam Tastahi Fasna` Ma Shikta....``Sekiranya kamu tak malu.... buatlah apa yang kamu suka`` Kalau kita tak malu kat Allah , bergaduhlah kita sesama sendiri.
Wassalam

Sunday, November 09, 2008

SKUAD `PRIHATIN` PAS TAMAN BERTAM INDAH

Ini gambar Syazwan anak kepada En Menon yang kini belajar di Mesir.. Insya Allah ` seorang pendakwah terbilang `in making` ` .. Bantulah beliau.. Satu hari nanti, beliau akan bantu Islam .
Suami Pn Norbaya Husin baru sahaja meninggal dunia. Beliau terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk menyara 6 anaknya termasuk 2 orang anak istimewa. Pencen suaminya tidak memadai. Sedikit bantuan PAS Caw hulurkan minggu lepas.

Salam perjuangan... Para Du`at sekelian
Alhamdulillah... Lajnah Kebajikan dan Khidmat Sosial PAS Cawangan telah menubuhkan satu pasukan yang diberi nama SKUAD PRIHATIN. Pasukan ini diberi tanggungjawab mengenal pasti masyarakat yang amat-amat memerlukan bantuan, samada mereka yang tinggal di dalam kawasan mahu pun luar kawasan TBI. Pasukan ini diketuai sendiri oleh Tuan Setiausaha Sdr, Marzuki dan dibantu oleh Sdr Syukur (orang kuat kubur).


Anak istimewa Pn Norbaya..

Insya Allah dengan sokongan semua ahli, Skuad ini merancang untuk menyampai sumbangan dan bantuan setiap bulan atau kalau boleh setiap minggu.

Beliau menetap di alamat No 11A, Lorong Bertam Indah 1/2, Taman Bertam Indah


Jadi skuad ini amat berharap kepada mereka yang berkemampuan untuk menghulur bantuan samada dalam bentuk wang ringgit atau pun keperluan dapur, sila berhubung dengan Tuan Bendahari Agung, Tuan Hj Semperna di talian 012 4218096 atau Setiausaha Sdr Marzuki di talian 012 4309194.

Ini gambar 2 anak istimewa En Menon yang tinggal di kawasan Low Cost House, TBI. Beliau mempunyai seorang lagi anak yang telah memeluk Islam yang kini mendalami ilmu Islam di Mesir. Keluarga En Menon menjadi mad`uwin kita semua. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bantulah mereka....

Dua hari lepas, skuad ini sempat menziarahi beberapa keluarga Dhu`afaa (yang memerlukan bantuan) bersama wartawan Sinar Harian. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak permasalahan mereka ini diketengahkan untuk tatapan masyarakat.

Maksud hadith Nabi SAW... Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah...

Jom sama-sama buat kerja .. ikhlas kerana Allah Yang Maha Adil...

Wassalam..

Saturday, November 08, 2008

PAS TAMAN BERTAM INDAH, KEPALA BATAS MENGORAK LANGKAH

Assalamu`alaikum .. Du`at sekelian..

Alhamdulillah.. kita panjatkan rasa syukur kepada Allah `Azzawajalla kerana dengan penentuan Qudrah serta IradahNYA, PAS Taman Bertam Indah telah berjaya ditubuhkan beberapa bulan yang lalu. Saya dengan sokongan dan dokongan ahli jawatankuasa amat-amat berharap supaya semua ahli-ahli cawangan konsisten dalam menegakkan `agama` dalam kehidupan seharian dan komited dengan program-program yang akan dijalankan selepas ini
, Insya Allah.

Kita telah berjaya mengadakan beberapa program secara konsisten setakat hari ini. Antaranya, program liqo` bulanan setiap bulan, sumbangan kepada para dhu`afaa, sumbangan kepada orang bukan Islam, sumbangan kepada mangsa banjir di Baling, bantuan fakir miskin pada hari raya baru-baru ini, program ramah mesra Aidil Fitri dan banyak juga aktiviti lain yang mungkin saya dah lupa.



Suasana majlis ramah mesra Aidil Fitri.. Tak sangka dapat sambutan menggalakkan daripada ahli-ahli dan penduduk








Pasai apa Pak Lah tutup muka...








Duit raya... duit raya..... Mai ambik kat Hj Sam...





Semasa program Liqo` bulan ni.. 7hb Nov.. baru-baru ni... Ustaz dan Ustazah cerita pasal sejarah PAS dan mehnah perjuangan Islam di Malaysia..






Apabila muslimat dan isteri masing-masing berada dalam satu program sebegini... Insya Allah muslimin akan bekerja kuat...





Para `Amilin PAS sentiasa bersiap sedia.
Marilah sama-sama kita memasyarakatkan Islam dan PAS di kawasan kita.





Sebahagian muslimat yang hadir dalam liqo` bulanan... Depa kata `seronoklah program ini, bulan depan nak mai lagi`. Kita kata kat depa` Seronok mai program ka, seronok tengok rumah Hj Jo`






Orang kuat cawangan, tuan setiausaha, Sdr Marzuki sedang mengepalai perbincangan dalam `usrah makan`. `Percayalah,, insya Allah PAS akan maju dan masyarakat sekeliling akan menyedari kehadiran PAS di Taman Bertam Indah ini..` katanya bersemangat.. `Jangan takut.. Allah bersama dengan kita`..





Friday, November 07, 2008

OBAMA : `TIME TO BE FREE FROM RACIAL ISSUES`??

Asslamu`alaikum...

All Islamic Workers...

Looking at Barrack Obama being the first African American to be elected president of the United States Of America, some Malaysian leaders, BN as well as PR leaders, said it was time that Malaysians have to be freed from racial issues.

PAS Youth Chief said that Obama won not only because of black votes but due to the support of the majority of white voters. He said that the Americans want to create just policies for everyone in their countries.

By wearing Muslim dress..... Obama is Muslim????



If we refer back to our result in March 12th general election and latest in Permatang Pauh by election, what we call it political tsunami to Barisan Nasional, may be some of us said ` this is the time to Malaysian to be free from continuously raising racial issues and sentiments`. Even PAS spiritual leader, TG Nik Abdul Aziz at one time said that `Chinese can be appointed as our prime minister but he must be Muslim. To him, `Islam sovereignty` was more important than `Malay sovereignty`.

For me, by referring to our history (even though some people said ` jangan pandang belakang`), Islam and Malay could not and should not be separated by anybody. All races in Malaysia should respect this law which stated and explained precisely in article 3 and article 160(2) of Federal Constitution. ALL MALAYSIANS MUST RESPECT. We can work together to develop our country. None of us to raise sensitive issues openly and sensationalised by `unmatured` government media. We can discuss any matters or any problem with open heart for the sake Allah Al Mighty and our country.

Wassalam..

Be open minded.. We are servant to Allah...

KONTRAK SOSIAL LWN ISU PERKAUMAN..


`kontrak sosial` berlaku juga di China??...

Salam perjuangan .. para pendakwah sekelian...

Kontrak sosial ini ada kaitan dengan proses `beri memberi` antara kaum-kaum utama pada masa itu . Ia dikatakan dilindungi oleh Perlembagan Persekutuan khususnya Article 14-18 dan 153 . Anda boleh rujuk sendiri Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah ini saya mengambil beberapa artikel berkaitan dengan kontrak sosial sebagai sebahagian `bekalan` kita semua berhadapan `mad`uwwin` yang pelbagai peda ketika ini. Bacalah seperti anda membaca sebuah novel. barulah faham.

Inikah dokumen bukti wujudnya `kontrak sosial`??

sepatutnya kontrak sosial ini di`tangani` dalam suasana `gumbira`


Hari ni kita belajar sejarah

Kontrak Sosial Malaysia:

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi “tetamu-tetamu” ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Siapa kata jangan pandang belakang? Kita tak boleh pandang belakang ke? Sedangkan sejarah itulah yang mengajar kita tentang apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan pada masa akan datang.

Artikel Kontrak Sosial Malaysia ini aku perolehi daripada blog Mentor Malaysia, iaitu Bapa Wawasan Tun Dr Mahathir Mohamad aka Chedet.

Anda boleh baca kandungan asalnya artikel ini di chedet.com

Bagi saya, setiap rakyat Malaysia haruslah tahu dan memahami apa yang dimaksudkan Kontrak Sosial. Agar keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita dapat dikekalkan. Sebagai du`at kita perlu memahami perkara ini dengan sebaik mungkin, kerana dikhuatiri kita hanya mengetahui ilmu berkaitan dengan perkara ini setakat gitu-gitu aje... Buruk akibatnya nanti...

Wassalam.