PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, December 30, 2008

Draf Konsep Mikro Pinjaman PAS untuk Perbincangan

Sesebuah Organisasi Islam perlu mempunyai kewangan yang kukuh untuk membantu mereka yang amat memerlukan bantuan

Salam Mesra... Pendakwah sekelian..

Di bawah ini satu draf kertas kerja berkaitan dengan bagaimana kita nak mengukuhkan kewangan organisasi kita dan pada masa yang sama kita dapat membantu mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan... Tujuan saya masukkan dalam blog ini adalah untuk mendapat komen membina dan feedback daripada anda semua untuk perlaksanaan dengan lebih efisyen lagi... Tak menjadi satu kesalahan untuk anda gunakan kertas kerja ini untuk diaplikasikan dalam mana-mana organisasi... sama-sama kita berkongsi pandangan.. Kertas kerja ini dihasilkan oleh anak buah usrah PAS TBI Kepala Batas...

Draf Konsep Mikro Pinjaman PAS untuk Perbincangan

Muqaddimah

Selaras dengan Islam sebagai agama yang sejahtera, PAS sebagai parti politik yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan adalah bergerak membangunkan masyarakat/rakyat kepada kehidupan yang syumul dan bahagia. Oleh yang demikian PAS cawangan Taman Bertam Indah mengambil satu usaha untuk memberikan peluang dan bantuan kepada masyarakat setempat yang mempunyai masalah kekurangan punca pendapatan untuk menjana peningkatan pendapatan isi rumah masing-masing. Projek Mikro Pinjaman PAS Taman Bertam Indah atau “MPP” adalah suatu usaha untuk membantu masyarakat melalui kemudahan pinjaman modal kepada golongan berpendapatan rendah yang boleh dibangunkan melalui perniagaan kecilan dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup isi rumah-isi rumah tersebut.

2. Kumpulan Sasar

MPP bercadang agar projek ini dijadikan usaha untuk membantu menaik taraf pendapatan isi rumah. Oleh yang demikian, kumpulan sasar MPP adalah memberi fokus kepada golongan berpendapatan bawah RM1500, kerana pendapatan pada kategori tersebut adalah rendah dan mungkin golongan ini telah mempunyai usaha-usaha sampingan untuk menampung keperluan hidup masing-masing. Pada masa yang sama MPP juga akan memberikan perhatian kepada golongan yang bernasib malang atau ditimpa musibah yang menyebabkan kehilangan punca pendapatan.

3. Sumber Dana MPP

MPP akan bergerak berdasarkan dana sumbangan daripada masyarakat terutamanya anggota PAS dan warga Bertam Indah yang ingin membuat amal jariah. Untuk permulaan, adalah dicadangkan supaya hal ini diwar-warkan kepada anggota untuk menyumbang sebanyak RM1000 setiap seorang yang mampu. Target untuk memulakan projek adalah mengumpul sebanyak 100 orang penyumbang atau RM100,000. Sumber dana ini akan bergerak berterusan.



4. Asas-asas MPP

Falsafah “Islam Membantu” akan menjadi asas utama MPP agar manfaat pinjaman dapat dimaksimakan sepenuhnya oleh peminjam. Oleh yang demikian, tiada sebarang kadar faedah atau yuran atau caj yang akan dikenakan kepada peminjam. Peminjam juga akan diberi kaunseling, nasihat kewangan, dan nasihat umum perniagaan supaya peminjam dapat membayar balik pinjaman untuk manfaat orang lain yang senasib. Bagaimanapun tiada had masa tertentu yang dicadangkan kerana motif utama projek ini adalah untuk membantu golongan bermasalah dalam tahap pendapatan.

a. Keutamaan Pemohon

Walaupun projek ini terbuka kepada golongan berpendapatan rendah, oleh kerana sumber dana yang sangat terhad, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan peningkatan pendapatan yang terdesak oleh kerana tanggungan berat yang mereka terpaksa pikul selama ini dan sebagainya. Pendekatan yang digunakan di dalam menentukan keutamaan adalah berasaskan kepada pendapatan isi rumah pemohon atau individu sasaran.

b. Penggunaan Dana MPP

MPP menyedari bahawa terdapat kemungkinan golongan sasaran terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan atau sampingan demi menampung tangungan hidup yang terus mencabar. Pendekatan MPP adalah untuk meningkatkan (scale-up) pendapatan sampingan atau tambahan sedia ada di dalam isi rumah tersebut dengan menyediakan modal untuk membesarkan kegiatan sampingan atau tambahan tersebut. Melalui pendekatan ini, dana MPP boleh digunakan untuk apa saja kegiatan halal yang meningkatkan pendapatan tambahan atau sampingan golongan sasaran.

c.Syarat Pinjaman

MPP tidak akan mengenakan sebarang cagaran mahu pun jaminan di dalam urusan pinjaman. Apa yang penting adalah cadangan pinjaman yang bernas berlandaskan punca pendapatan sampingan atau tambahan yang berdaya maju (Viable), komitmen yang tinggi dan usaha gigih peminjam untuk menambah pendapatan isi rumah.

d. Tatacara mendapat Dana MPP

MPP akan menyediakan borang yang bersesuaian dan mereka yang berminat untuk mendapatkan kemudahan MPP, atau mereka yang dikenalpasti sebagai layak dibantu, dikehendaki mengisi borang ini.

MPP akan mengendalikan prosesan secepat mungkin dengan membuat lawatan dan perbincangan dengan bakal peminjam demi memastikan projek pinjaman dapat menjana peningkatan pendapatan yang sewajarnya.

e. Jumlah Pinjaman

MPP akan berusaha untuk menepati keperluan modal kepada peminjamnya tertakluk kepada dana terkumpul dan pengagihan kepada sebanyak peminjam yang termampu. Jumlah pinjaman juga akan ditentukan oleh kegunaan modal dan skala operasi. Oleh kerana MPP akan mensasarkan kepada perniagaan kecil atau membantu perniagaan sedia ada atau scale-up, maka keperluan modal adalah tidak tinggi. Sekiranya dana dapat dikumpul sebanyak RM 100,000, MPP dijangka dapat membiayai sehingga 20 peminjam saja jika purata pinjaman adalah RM5000 setiap peminjam. Jumlah pinjaman yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun peminjam selepas diijabqabulkan oleh MPP.

f. Birokrasi

MPP akan melalui beberapa proses yang mudah untuk mengelak masalah birokrasi tetapi memerlukan penyeliaan tertentu yang direkabentuk di beberapa peringkat utama bermula dengan permohonan, prosesan, perlaksanaan projek pinjaman, pemantauan projek, bayaran balik dan kesinambungan pinjaman.

g. Kos Operasi

MPP akan meminimakan kos yang terlibat kerana jawatankuasa PAS yang sedia ada akan diguna sepenuhnya untuk menjadi jawatankuasa MPP dan memantau projek. Sekiranya perlu tambahan orang yang kompeten, sukarelawan yang kompeten sahaja yang dijemput. Oleh itu kos yang mungkin ditanggung mungkin sangat terhad seperti kos mencetak borang dan alat tulis sahaja.

h.Perlindungan Takaful

MPP boleh mendapatkan skim perlindungan diri peminjam dan pengusaha bagi mengurangkan risiko ke atas diri dan baki pinjaman agar projek ini menjadi lebih baik.

i. Kaedah Bayaran Balik Pinjaman MPP

MPP membolehkan beberapa cara bayaran balik samada mingguan, dua minggu sekali mahu pun bulanan. Peminjam digalak memilih cara yang paling cepat dan ringan kerana bayaran balik dapat dipusingkan kepada pinjaman baru.

Bagi tempoh bayaran balik pula, MPP memberikan kelonggaran mengikut keupayaan dan turn-over urusniaga.

j. Ukuran kejayaan:

Sekiranya MPP dapat memulakan bantuan kepada peminjam pertama ianya adalah kejayaan pertama kerana motif asal adalah membantu peningkatan keselesaan hidup seperti kemampuan membiayai kos sara hidup dan pendidikan anak-anak dan mengecapi keperluan asas kemanusiaan. Semua ini dapat dilakukan dengan membantu mereka menjalankan perniagaan dan berdikari. Ini juga bererti bahawa peminjam akan mendapat kemudahan pinjaman berulang-kali agar matlamat tercapai. Kejayaan seterusnya ialah kejayaan melangsungkan dana MPP samada melalui sumbangan berterusan ataupun melalui kaedah bayaran balik yang memudahkan peminjam. Kejayaan ketiga ialah projek ini dapat membentuk suatu hubungan imej antara peminjam dengan PAS. Kejayaan keempat ialah dakwah dan taqwa kepada Allah SWT.

Monday, December 29, 2008

Create History If Not You Are History.. 1429 Hijriah berlalu dan 2008 Miladiah akan berlalu..

  • Salam Sejahtera... Du'at yang dihormati...


  • Aku mulakan blog ini dengan artikel berkaitan dengan buku ORANG MASJID KONTEMPORARI dan aku menamatkannya untuk tahun 1429 Hijriah dengan artikal berkaitan dengan SENYUM... Di celah-celah 2 artikel ini terdapat lebih kurang 45 artikel yang berupa tulisanku dan kajianku berdasarkan kepada pemerhatian, pengamatanku dan pengalamanku sendiri... Pengalaman hidup ini merupakan di antara faktor utama untuk kita berubah dari satu tahap kepada tahap yang lebih baik dalam hidup ini menghadapi liku-liku kehidupan sebelum kita bertemu dengan Allah 'Azzawajalla...
  • Aku menulis kerana dakwah... Di sebalik tulisanku kalau diamati betul-betul.. memang terdapat mesej supaya kita semua bertindak dengan melakukan sesuatu yang diredhai Allah `Azzawajalla kerana Allah tak suka kepada kita yang menulis ... yang bercakap... tetapi tidak melakukan sesuatu.. Amat besar kebencian disisi Allah sekiranya tidak melakukan apa yang kita katakan.. Cakap tak serupa bikin... tiada dalam kamus para du`at...
  • Aku menulis bukan kerana nama.. bukan suka-suka memenuhi masa lapang... bukan main-main... Aku menulis untuk menjinakkan hatiku.. Aku menulis mengenai persekitaran yang berlaku... Aku menulis mengenai masyarakat... Aku menulis kerana aku sebahagian daripada masyarakat... Aku menulis adalah kerana Allah Yang Maha Besar...
Sekarang... Mari kita melihat sahaja apa yang telah berlaku di Malaysia dalam setahun yang lalu.. 2008 M.. 1429 H...
  • JANUARI.. Eropah memulakan 2008 dengan undang-undang baru dan kontroversi berkaitan dengan merokok, pencemaran udara dan sehingga hal ehwal berkaita periklanan makanan ringan...
  • Kuala Terengganu menjadi bandaraya yang ke 12 di Malaysia...
  • Datuk Sei Chua Soi Lek letak jawatan semua jawatan kerana terlibat dalam skandal seks...
  • FEBRUARI.. Pilihanraya Umum ke 12 diadakan selepas parlimen dibubarkan..
  • Fidel Castro.. Presiden Cuba meletak jawatan sebagai presiden setelah 49 tahun mengambil alih pemerintahan melalui revolusi tentera... adiknya ..Raul Castro dilantik sebagai penggantinya...
  • Mas Selamat Kastari..yang dituduh sebagai ahli JI melarikan diri dari penjara Singapura..
  • Ali Kimia.. Orang kanan Saddam Hussien dijatuhkan hukuman gantung...
  • MAC ... BN mengekal kuasa tanpa mejoriti 2/3 di parlimen dan PR memerintah di 5 lima negeri dalam pilihanraya yang ke 12...
  • Kerajaan China mengetatkan pemberian visa sempena Sukan Olimpik Beijing...
  • APRIL... Pakatan Rakyat secara rasmi ditubuhkan dengan keanggotaan 3 parti..
  • MEI ... Kes murtad Fatimah Tan mengemparkan negara...
  • JUN.. Anwar Ibrahim berlindung di kedutaan Turki kerana ugutan bunuh ke atasnya..
  • JULAI.. Pulau Pinang dan Melaka disenaraikan oleh Unisco sebagai bandar warisan sejarah dunia..
  • OGOS... Sukan Olimpik Beijing... Thaksin..bekas Pm Thailand melarikan dan cuba mendapatkan suaka politik daripada Britain... Dua buah kapal dagang dirampas oleh lanun Somalia... Anwar Ibrahim menang by-election Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar...
  • SEPTEMBER... Pak Lah dan Najib bertukar kementerian... Zaid Ibrahim letak jawatan sebagai menteri ...
  • OKTOBER... Abd Razak Baginda dibebaskan dan dilepaskan... Pak Lah umum tak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO...
  • NOVEMBER... Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan YOGA kepada Muslim... Raja Petra dibebaskan daripada ISA...
  • DISEMBER... Bukit Antarabangsa runtuh lagi...

Sekali imbas daripada apa yang telah berlaku dalam setahun ini.. seolah-olah macam tiada apa-apa yang penting yang sepatutnya kita ingat... Tetapi ketahuilah wahai para Du'at sekelian.. Inilah sejarah hidup manusia... kerana ia telah berlaku... Jadi.... create history if not you are history..... For Next Year..

Wassalam .. Salam Ma`al Hijrah... Semoga semua kita boleh manfaat daripada tulisan ini...

Sunday, December 28, 2008

Senyumlah...Senyumlah...Ahai...Cek Mek Molek...Kenapa perlu senyum.. manis muka.. dan ceria sokmo???

  • Salam juang...Du'at sekelian...
  • Senyumlah..Jangan tak senyum.. Selalulah senyum.. Wahai para Du'at sekelian.. senyum tu kan satu sedekah... Jangan berduka.. Be Happy.. Not too sad!!! .. Jangan selalu bersedih.. Ini gambar seorang `'orang tua` Cina di Beijing... Walaupun tak ada gigi.. tapi mampu tersenyum.. Umurnya melangkah melebihi seratus tahun...
  • Bertitik tolak daripada hadith Nabi SAW... meminta kita sentiasa senyum, berwajah ceria dan manis sebagai satu sedekah kepada orang lain, saya ingin melihat lebih jauh daripada itu iaitu kenapa kita perlu sentiasa senyum, bermanis muka dan selalu ceria??????
  • Berikut di bawah ini adalah beberapa kelebihan yang boleh kita semua, sebagai pendakwah kontemporari perolehi hasil daripada senyuman , manis muka dan selalu ceria...:
  • 1. Senyum mampu menjadikan penampilan kita lebih menarik. Orang yang banyak tersenyum memiliki daya penarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang di sekitarnya tenteram dan tenang. Orang yang selalu merungut, mengerutkan kening dan masam mukanya bukanlah sikap dan penampilan terbaik seorang pendakwah.. hasilnya orang-orang di sekeliling berasa tidak nyaman. Dipastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman dan sahabat.
  • 2. Senyum mampu mengubah perasaan jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan anda menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum mampu menguasai tubuh badan kita sehingga perasaan kita secara automatik berubah.
  • 3. Senyum akan membuat suasana menjadi lebih riang dan gembira. Orang di keliling kita pasti akan terikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
  • 4. Senyum menghilangkan stress.. tension.. gelabah.. tekanan jiwa... Stress ini boleh dilihat di wajah muka. Senyuman boleh menghilangkan reaksi muka yang sedih dan bosan. Ketika anda stress, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stress dan membuat fikiran lebih jernih dan lapang.
  • 5. Senyum meningkatkan daya imunisasi iaitu ketahanan diri. Senyum membuat sistem imunisasi bekerja lebih baik. Fungsi imunisasi tubuh kita akan aktif semaksimumnya semasa seseorang itu merasa rileks. Menurut kajian, selesema dan batuk boleh hilang dengan senyum.
  • 6. Senyum menurunkan tekanan darah...Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah ketika anda tersenyum . Tekanan darah anda tersenyum pasti lebih rendah.
  • 7. Senyum boleh menghilangkan rasa sakit anggota tubuh badan.. Kalau tak percaya cuba lukakan jari anda kemudian senyum sorang-sorang tentu tak sakit jari anda itu... Cubalah buat..
  • 8. Senyum menjadikan anda awet muda... Senyuman menggerakkan banyak otot . Akibatnya otot wajah terlatih dengan sendirinya sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan dilihat lebih awet muda. Ehemmmm...
  • 9. Senyum membuat anda kelihatan ceria dan sukses sokmo....Orang yg tersenyum dapat lihat lebih mempercayai diri sendiri, terkenal, dan sentiasa kelihatan `gerinci`...
  • 10. Senyum membuat orang berfikir positif. Cuba lakukan sebegini... Fikirkan perkara buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika anda tersenyum, tubuh mengirim signal kepada otak “hidup adalah baik”.
  • 11. Senyum melanjutkan usia anda.... Insya Allah.... Senyumlah... Senyumlah.. Ahai.. Cek Mek Molek.... Walllauhua'lam... Wassalam...

Saturday, December 27, 2008

ROSIDI HUSSAIN ALBERTAMI

ROSIDI HUSSAIN ALBERTAMI

Yahoo search, Google search

Not to read `Utusan Malaysia`... ??? Itu dulu... Sekarang saya nak baca...

  • Salam perjuangan... Pendakwah sekelian...
  • Saya rasa dah lama dah tak baca paper Utusan Malaysia... Mungkin dah bertahun-tahun.. Saya hanya melanggan paper `STAR`, Sinar Harian dan beberapa paper alternatif seperti Siasah, harakah dll .. Sebab apa saya tak suka baca paper Utusan Malaysia saya pun tak tahu... Mungkin ada sebabnya... Lemas perut... rimas... meluat...nak marah.. rasa nak meloya.. rasa nak koyak paper tu.. berita palsu... suka adu domba... perosak fikiran rakyat... suka bermain api perkauman... provokasi keterlaluan...
  • Ada orang kata di antara faktor utama, Barisan Nasional tak dapat kekalkan majoriti 2/3 di Parlimen dan kalah di lima negeri adalah disebabkan faktor media massa yang bertidak di luar batas undang-undang dan kemanusian serta keadilan dalam berpolitik... Cuma BN tak pernah serik terus menggunakan newspaper seperti ini untuk meracuni fikiran rakyat... tambah-tambah bila dekat dengan pilihanraya sepert sekarang ni... 2-3 minggu lagi by election di Kuala Terengganu...
  • Cuma saya teringat ketika menuntut di IIU Matriculatian Centre di Subang Jaya 19 tahun yang lalu, seorang lecturer History, Prof Dr Redzuan pernah memberitahu kepada kami bahawa mengikut penelitian beliau, 80% daripada berita Utusan Malaysia sebenarnya BUKAN BERITA...TIDAK BOLEH DIDEFINISIKAN SEBAGAI BERITA. Mungkin sebab inilah saya malas nak membaca Utusan Malaysia suatu ketika dulu ...
  • Tapi sekarang saya rasa saya nak baca TAPI TETAP TAK AKAN MEMBELI.... saya hanya membaca Utusan Malaysia Online sahaja.. itu pun bertujuan untuk mendapat sedikit maklumat bukan mempercayai bulat-bulat apa yang di`present`kan.. setidak tidaknya... sebagai pencetus untuk saya menulis dalam blog saya sahaja...
  • Wassalam....

Betul ke... Ada Penyakit Buatan Manusia???

  • Assalamu'alaikum.... Du'at sekelian...
  • Betul ke ada penyakit buatan manusia... Bolehkah manusia mencipta penyakit kepada manusia lain... Ade ke.. Betul ke ni... Bolehkah si A memberi penyakita kepada si B??? Hebatkah si A tu sampai dia boleh membawa sakit kepada si B atau keluarga si B......Si dia tu berkuasa ke... Dia ada kuasa ajaibkah... Dia perkasa...Dia gagah.. Dia hebat... Saya mengidap satu-satu penyakit kerana si dia??? ... Dialah yang membuat saya jadi macam ni... Dialah yang menyebabkan saya jadi sakit lutut... sakit pinggang... lenguh lenguh... gastrik... meraung tengah-tengah malam.. membenci suami... atau membenci isteri saya... muntah darah.. muntah-muntah... sakit kepala... sakit kaki... tak boleh berjalan ... suka dan mudah lupa... Bolehkah kita beranggapan seperti ini.....??????
  • Sahabat yang dihormati sekelian...
  • Kita semua adalah hamba Allah... Kita semua umat Muhammad SAW.... Kita mempunyai keyakinan yang teguh kepada Allah 'Azzawajalla... Aqidah kita mantap dan sentiasa `mantop`... A'qidah kita tak boleh bergoyang apabila berhadapan dengan sesuatu penyakit atau apabila kita berhadapan dengan satu satu masalah... Ia mungkin dugaan hidup atau ujian daripada Allah untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah....Ia juga mungkin sebagai `kaffarah` kepada kesalahan atau dosa-dosa kita yang lalu... Kita tak boleh langsung beranggapan bahawa sesuatu penyakit itu adalah disebabkan oleh manusia lain kerana ia boleh memesongkan aqidah kita dengan Allah kepada selain daripada Allah tanpa kita sedari.. Na`uzubillah min dzalik..... Semuanya daripada Allah Yang Maha Perkasa.. Mana mungkin manusia berkuasa menyamai `berkuasa`nya Allah `Azzawajalla... Manusia membawa penyakit... Memang tak boleh.....
  • Allahlah Yang Maha Perkasa... Allahlah yang menjadikan penyakit dengan seribu alasan yang tertentu.. Hanya Allahlah Yang Maha Mengetahui... Maha Adil... Maha Bijaksana... Setiap sesuatu penyakit itu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia Ilahi yang tidak difahami oleh manusia....
  • Jadi... Janganlah kita semua beri`tiqad terdapat penyakit buatan manusia kecuali penyakit `muntah-muntah` kerana mengandung... Ini mungkin penyakit buatan manusia... Wallahua`lam...

Wednesday, December 24, 2008

Samb.... Pengamal Santau : Manusia berhati binatang..

  • Salam semua ... Du'at sekelian...
  • Nak sambung sedikit lagi tulisan saya mengenai santau 2-3 hari lepas... Baru baru ni selepas kuliah di sebuah masjid di Bukit Mertajam, seorang budak lelaki dan 2 orang adik beradik perempuan datang berjumpa dengan saya mengadu kepada saya mengenai penyakit yang dihadapi oleh ibubapa mereka.
  • Budak lelaki yang bernama Zul tu menceritakan bagaimana bapanya yang diserang oleh satu penyakit yang agak misteri.. Sekejap baik .. sekejap tak baik.. badan jadi kurus kering.. cakap sorang-sorang tengah malam.. muntah darah.. sakit sakit sendi... tak lalu makan... tak terurus hidup dia.. dah banyak tempat dan orang dan merata tempat dah berubat... dah banyak tahun dah bapa menanggung penderitaan penyakitnya tu... bersungguh-sungguh Zul menceritakan hal penyakit bapanya yang kini menetap di Changkat Jering, Perak.... Akhir sekali keluar perkataan daripada mulut Zul.. bapanya mungkin kena buatan orang .. santau... Di pendekkan cerita akhir sekali saya kata kat Zul.. jangan sebut pasal santau lagi pada sapa-sapa pun .. kita berubat.. Yang penting bapa kamu tu baik.. Saya pun bagi no tel Us Zakaria perawat Darussyifa' Kemunting.. minta Zul berurusan dgnnya ...
  • 2 beradik perempuan pula mengadu pasal masalah ibu mereka yang dikatakan juga kena santau.. Kebiasaannya saya tak akan terus mengatakan sesuatu penyakit adalah akibat daripada santau kecuali setelah melalui proses rawatan secara Islam Darussyifa'.. Kita tak mahu perkara lain yang dicari perkara lain pula yang dapat.. Kita nak selesai masalah mak dan ayah mereka bukannya kita nak cari si pembuat yang menghantar santau kepada mak dan ayah mereka... Ia tidak ada dalam kamus diari rawatan Islam Darussyifa'...
  • Sebentar tadi kira-kira sejam yang lalu seorang ibu menelefon saya.. dikatakannya pada saya anaknya sakit dah 4 tahun.. Berubat dah merata tempat dah.. Kadang-kadang pengsan.. Kadang2 jatuh ketika berdiri elok2... Tak berupaya nak ke sekolah kerana sering sakit dan tarik2... Tak tahu sakit apa... Keluar masuk keluar masuk hospital dah berpuluh2 kali dah... Di antara apa yang disebutnya.. saya beranggapan ada sesuatu yang tak kena pada anaknya itu.. Saya cadangkan padanya datang berjumpa dengan perawat Darussyifa' di Bertam, Kepala Batas setiap Jumaat malam Sabtu...
  • Walaupun begitu, santau ada di mana-mana... ada di kedai makan.. ada di tempat kerja.. ada di tepi pantai... di kawasan tumpuan ramai... mungkin dalam rumah kita pun ada santau dan tak mustahil di masjid pun ada yang tak berhati perut ni akan mengenakan santau kepada orang lain... Santau ini adalah sejenis sihir yang datang daripada manusia yang berhati binatang yang tidak takut kepada Allah 'Azzawajalla.... Mempunyai hati yang keras .. berkehidupan jauh daripada amalan agama... hati yang berpenyakit`Ar Ran`.. berkarat lebih teruk daripada besi karat .. Posmen karat mungkin lebih baik daripada mereka yang beramal dengan santau ini....
  • Bacalah Al Quran selalu... Wassalam....

Tulisan bloggers boleh menjatuhkan kerajaan? Betul ke... Adakan pertemuan bloggers `semi amatur`- Pendakwah Kontemporari

Salam semua... Bloggers pendakwah kontemporari....

Apabila meneliti beberapa tulisan bloggers yang dikenali mahupun yang tak dikenali ... yang baru mahupun yang sudah lama ber`blogging`...yang hebat mahupun yang akan jadi hebat selepas ini.. yang sentimental mahupun yang aggresif... yang semangat mahupun yang kejap semangat kejap tak semangat nak menulis... yang kejap ada idea kejap tak ada idea...kejap tulisan menarik kejap `tak tahu arah tuju` tulisan tu... ada yang serius ada juga just memenuhi masa lapang... ada yang memahami tulisan merupakan salah satu wasilah dakwah berkesan dan ada juga yang artikelnya dah berpuluh-puluh keluar dalam newspapers....yang berlokasi di kawasan Utara ini... saya berpandangan elok diadakan pertemuan informal di antara kita semua.. bloggers pendakwah kontemporari... untuk kebaikan kita bersama dan Ummah keseluruhannya...
  • Pertemuan yang boleh kita namakan apa saja.. Usrah ke... Liqo` bloggers ke... Diskusi pendakwah kontemporari ke... Bengkel penulisan ke...
  • Pertemuan yang berobjektif untuk berjumpa sesama kita... makan2 minum2... memperbaiki dan meneliti tulisan... bertukar-tukar idea.... berkenal-kenalan di antara bloggers politik, bloggers dakwah, bloggers hal ehwal pengguna dan alam sekitar, bloggers dalam bidang undang2... macam mana nak buat duit melalui tulisan-tulisan tu... dll...
  • Sdr Azizi Abdullah... Sdr Faisal Tehrani... Sdr Roslan SMS... dan ramai lagi yang lain boleh juga dipanggil dalam pertemuan tersebut .. untuk menimba pengalaman mereka-mereka ini dalam bidang tulisan.. Bagaimana mereka boleh `full time` dalam bidang penulisan blog ni...

Jadi bolehkah bloggers berperanan sebagai pendakwah kontemporari sehingga boleh menaikkan satu-satu kerajaan yang adil dan menjatuhkan kerajaan yang zalim......

So do not hesitate to contact me.......

Tuesday, December 23, 2008

SANTAU : SIHIR MELAYU YANG BERASAL DARIPADA AMALAN YAHUDI? MA HUA SANTAU?

SANTAU : SIHIR MELAYU YANG BERASAL DARIPADA AMALAN YAHUDI? MA HUA SANTAU?

Assalamu’alaikum.... Du’at yang dikasihi....


Santau menyantau sebenarnya bukan budaya kita... Ia bukan budaya dan amalan Islam... Orang yang beramal dengan santau ini telah melakukan syirik kepada Allah ’Azzawajalla.. Na’uzubillah min dzalik... Syirik adalah dosa besar.. Wajib bertaubat...tapi puak-puak ni, mereka tidak memikirkan pahala dosa dalam hidup di dunia ini.. Hidup ini dipenuhi dengan iri hati...hasad dengki...tamak haloba... sombong...’ujub... besar diri...ananiah... riya’.. takabbur.. untuk mengaut keuntungan dunia yang sedikit.. Yang penting bagi mereka yang berperangai setan durjana ini.. hati aku puas.. si dia kena... business aku menjadi.. business dia lingkup... rumahtangga dia porak poranda... si dia mati lagi aku puas.. Tiada berperasaan `hamba` dalam diri mereka ini...

Ada yang berpandangan santau ini berlaku sejak dari zaman Wan Empok Wan Malini.. Betul ke... Tapi bagiku yang ilmu tak seberapa ini... Apabila aku membelek-belek Tafsir surah Al Falaq dan An Nas Fi Zilalil Quran karangan As Syahid Sayyid Qutub dan Tafsir Ibn Kathir berkaitan surah yang sama sebagai persediaan untuk kuliahku di Bayan Lepas , aku mendapati santau ini muncul di zaman nabi kita lagi atau juga di zaman Nabi Musa lagi.. ... Tahukah anda bahawa Nabi kita Muhammad SAW pernah disantau oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin ’Asim (Lubaid Ibn ’Assam) dari Bani Zurayq..

Labid si Yahudi ini telah menggunakan sikat dan rambut nabi yang diikat dengan sabut atau pelepah tamar. Lalu dibentuk seperti patung. Patung ini diletak di bawah batu berhampiran dengan telaga nabi yang bernama Zarwan. Nabi seringkali menggunakan air telaga ini untuk berwudhu dan membersihkan dirinya.

Dalam Tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan dalam satu hadith bahawa dua orang malaikat datang berjumpa dengan Nabi SAW, seorang duduk di sebelah kepala Nabi dan seorang lagi duduk di sebelah kaki Nabi SAW. Maka bermulalah dialog di antara kedua-dua malaikat ini, bertanya hal mengenai sakit Nabi ini. Akhirnya di pendekkan cerita, apabila kedua-duanya faham bahawa nabi telah disantau oleh orang Yahudi tersebut maka Allah telah menurunkan Surah Al Falaq, dalam satu riwayat yang lain, termasuk Surah An Nas (AL Mu’awwidzatain) lalu diminta Nabi membaca kedua-dua surah ini.. Selepas itu satu persatu 11 simpulan rambut yang terikat itu terongkai satu persatu maka seketika itu juga lenyaplah santau atau sihir itu dan kejahatan Yahudi itu tidak mengenai baginda Nabi SAW lagi.

Al Aan.. Ma Hua SANTAU? Santau terdiri daripada kombinasi 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Santau terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya ialah SANTAU ANGIN... SANTAU TUJU... SANTAU MAKAN DAN MINUM... SANTAU LANGKAH...

Tujuan si pembuat santau durjana ini biasanya bertujuan salah satu daripada 4 perkara di bawah ini.

Amalan diri
Pertahanan diri
Membalas dendam
Kebanggaan untuk dihormati atau ditakuti

Terdapat lebih kurang 30 tanda seseorang itu terkena santau seperti batuk yang berterusan ... muntah darah... rasa tercucuk dalam badan seperti ada jarum... lemah sendi dan anggota badan... Pada masa yang sama kesan dari terkena santau ini boleh menyebabkan rosaknya rohani dan jasmani kita.. hidup seperti serba tak kena... merosakkan rumahtangga... merosakkan organ-organ dalaman... dan juga merosakkan aqal fikiran kita...

Kita dok canang dan jaja merata Islam hual Hal .. Islam penyelesai masalah... Bila ada masalah rujuk kepada Allah dan Rasul.. Yaani Al Quran dan Al Hadith... Jadi Al Quran dan Al Hadith perlu juga dirujuk untuk menyelesaikan penyakit seperti santau ini...

Sebagai pesanan untuk diri dan semua yang membaca tulisan ini... apabila kudis di badan yang sering di’hughung’ oleh lalat’.. carilah ubat... bukannya mencari lalat tersebut... Apabila kudis baik.. lalat pun lari... Bacalah Ayat-ayat Al Quran seperti Al Mu’wwidzatain.. 3 Qul... Ayatu Kursi.. Selawat Syifaa’.. sebagai pengadang atau pendinding diri sendiri... keluarga.. anak-anak yang tinggal berjauhan... rumah kediaman daripada kejahatan makhluk kasar dan halus serta daripada bisikan syaitan Ar Rajim....

Wallaua’lam... Kita datang daripada Allah dan kepadaNyalah kita semua akan dikembalikan.. Takutlah kepada azab Allah....

Monday, December 22, 2008

KITA PELIHARA AL QURAN ... AL QURAN AKAN PELIHARA HIDUP KITA...

Assalamu'alaikum.... Para du'at yang dihormati....



Sebahagian daripada kita mungkin boleh digelar Hafiz atau Hafizah... yang telah menghafal Al-Quran.. Walaupun mungkin kita tak berupaya menghafal Al Quran 30 tetapi sekurang-kurangnya kita telah menghafal juzuk A'mma..juzuk yang ke 30.. Atau pun mungkin sekurang-kurangnya Surah-surah seperti As Sajadah, Al Mulk, Al Waqia'h, Yasin, Ar Rahman dan tak kurang juga ada di kalangan kita hanya berupaya mengingati ayat-ayat lazim sahaja iaitu bermula dari surah Ad Dhuha hingga surah An Nas... Anda hendak menerima atau pun tidak kenyataan ini (yang anda adalah seorang penghafaz Al Quran).... Bagi saya anda semua adalah Hafiz atau Hafizah.....



Ada di kalangan kita menghafaz Al Quran sejak daripada kecil lagi. Ada yang bermula ketika di bangku sekolah menengah kerana sentiasa diberi peransang oleh kaunselor mahu pun Mua'llim atau Mua'llimah... Banyak surah yang kita hafaz.. Mungkin semangat untuk menghafal tu datang daripada diri kita sendiri atau pun mungkin juaga suasana sekeliling atau environment kita pada masa tu amat menggalakkan kita untuk menghafaz Al Quran... Apa pun sebabnya .. Kita ini pernah menghafaz Al Quran...


Selepas kita keluar daripada satu environment yang sihat seperti di atas, umpamanya ketika kita menjejak kaki ke pusat-pusat pengajian tinggi (IPT), tanpa disedari kita dikejutkan dengan suasana environment yang tidak menggalakkan kita untuk menghafaz Al Quran... Sedikit demi sedikit kita terikut-ikut dengan dengan environment yang tidak berapa soleh ini... Akhir sekali Al Quran yang pernah kita hafaz mula hilang daripada ingatan kita.


Ia bermula dengan jarang membaca Al Quran... Amat jarang menjadi Imam menyebabkan kita seringkali tidak mengulangkaji Al Quran.. Jarang bersolat berjamaah.. Jarang mendengar imam masjid membaca Al Quran membaca surah surah yang pernah kita menghafaznya kerana kelekaan kita dengan environment yang tidak soleh itu... Akhir sekali Al Quran tidak berada di sisi kita yang menyebabkan Al Quran yang pernah kita hafaz hilang terus dari dada-dada kita....


Kalau kita dok sentiasa bermain-main dengan Al Quran.. kejap ingat ...kejap lupa ..lepas tu.. hafaz balik... kemudian lupa balik... tambah-tambah la Surah Ar Rahman yang menceritakan tentangnya kasihnya Allah kepada kita semua.... Ini maksudnya kita tak serius nak beramal dengan Al Quran yang merupakan Kalam Allah 'Azzawajalla... Kalau kita tak mengasihi Allah 'Azzawajalla...macam mana Allah nak mengasihi kita semua.... Satu renungan untu kita semua....


Al Quran perlu dibaca...


Al Quran perlu dikaji...


Al Quran perlu sentiasa disisi...


Al Quran perlu di'selongkaq' isi kandungannya...


Al Quran perlu dihormati dengan beramal dengannya...


Al Quran perlu dipelihara barulah Al Quran akan memelihara hidup kita di atas muka bumi ini...


Sunday, December 21, 2008

BIRO HUBUNGAN ATARA KAUM JPN PAS PULAU PINANG MEMBUKA PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DI TELUK AIR TAWAR.



  • Assalamu'alaikum..... Pendakwah sekelian..
  • Tulisan saya terakhir sebelum ini, saya post pada 14hb Disember lalu. Seminggu saya tak menulis dalam blog ini. Sebenarnya banyak idea dan perkara yang saya nak masukkan dalam blog ini dalam seminggu lalu, tapi entah, rasa macam tak sempat aje.... Betul ke .. tak ada masa ke...24 jam tak cukup ke...saya buat ape ni... letih ke... aktiviti terlalu banyak ke sampai tak sempat ni... meeting sana sini ke...tak tahu lah... Walaupun begitu... just to unform you all... komputer saya ada masalah sikit... kena virus.. mai mana saya tak tahu...
  • Seminggu lalu di antara aktiviti saya bersama Biro, yang telah dilakukan antaranya ialah...
  • Memperkemaskini perjalanan pejabat Biro Hubungan Antara Kaum JPN PAS Pulau Pinang yang terletak di Taman Teluk Air Tawar, Sebagai Ketua, saya telah melantik Mr C J Ong (seorang kaunselor) sebagai Naib Ketua Biro dan juga sebagai pengurus pejabat yang berfungsi sebagai pusat khidmat masyarakat setempat.
  • Bersama-sama Mr C J Ong melakukan survey di sekitar Pulau Pinang mengenai sokongan bukan Islam kepada PAS.
  • Mengadakan Liqo' Bulanan PAS Cawangan Taman Bertam Indah di mana Mr C J Ong sebagi salah seorang speaker menerangkan bagaimana perlunya PAS mengorak langkah dengan lebih aktif lagi dalam memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan bantuan di Pulau Pinang.
  • Mengadakan lawatan ke pejabat pejabat kerajaan sebagai persiapan mengemaskini maklumat pilhanraya JPN PAS. Antara tempat yang dilawati ialah SPR negeri, MPSP, PDRM Kepala Batas, dan beberapa tempat lain.
  • Mengadakan pertemuan dengan wartawan untuk publisiti pejabat Biro HAK tersebut.
  • Mengatur aktiviti Biro supaya ia dikenali di Pulau Pinang..
  • Merancang dan telah bermesyuarat dengan PAS TBI untuk mengadakan Ceramah Perdana di Kepala Batas sempena peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib pada bulan April ini. Mr C J Ong merupakan salah seorang speaker . Penceramah lain Insya allah Tuan Hj Md Sabu dan YB Saifuddin Nasution.
  • Mengemaskini daftar pemilih di kawasan Dun Penaga dan Parlimen Kepala Batas.
  • Apa lagi ... Jomlah singgah di pejabat kami ... PAS for all... Islam for all...

Sunday, December 14, 2008

TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA.... ALLAH MAHA PERKASA........

Salam mesra... Du'at yang dikasihi......

Allah lah yang menenggelamkan kaum Nabi Nuh a.s. termasuk anaknya sendiri dengan yang banjir besar.....

Allah Yang Maha Perkasa yang mengazabkan kaum 'Ad yang sombong kerana mengengkari dakwah Nabi Hud a.s. supaya meninggalkan penyembahan berhala. Mereka dibinasakan dengan gumpalan awan gelap dan angin ribut yang bertiup kencang ke lembah2 mereka sehingga mereka semua mati bergelimpangan bagaikan tunggul-tunggul kurma yang telah mati... Allah tu lah Yang Maha Perkasa.. Tidak ada kuasa lain yang boleh lakukan seperti itu...

Allah lah yang mengarahkan malaikat Jibrail untuk melakukan sergahan yang berupakan petir dan bunyi guruh yang amat dasyat sebagai azab kepada kaum Tsamud umat Nabi Saleh a.s. yang telah membunuh unta mukjizat Nabi Saleh a.s. Binasa mereka dan rumah mereka dengan hina sekali atas keengkaran dan kesombongan mereka mentaati perintah Nabi Saleh a.s. Allah Yang Maha Perkasa...

Allah lah yang menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada terus dibakar oleh Raja Namrud. Allah tu lah .. Tiada yang lain...

Allah lah yang membalikkan bumi Sadum (Sodom) lalu menenggelamkan kaum Nabi Luth a.s. termasuk isterinya sendiri kerana terlibat dalam homoseks dan lesbian. Allah juga mengarahkan malaikat membawa batu daripada neraka yang tertulis nama umat nabi Luth yang berada di luar daerah Sadum lalu melempar batu tersebut kepada mereka. Tiada kesian belas langsung daripada Allah Yang Maha Perkasa kepada umat Luth yang mengengkari teguran nabi mereka. Allah tu lah mampu melakukan seperti ini... Siapa lagi....

Allah lah Yang Maha Perkasa yang menemukan semula Nabi Yusuf a.s. dengan ayahnya Nabi Yaakub a.s. setelah terpisah dalam tempoh yang sangat lama...

Allah lah yang menghancurkan kaum Madyan umat Nabi Syuaib a.s. dengan azab berupa sambaran petir dan angin taufan yang kuat... Tiada yang lain....

Allah lah Yang Maha Perkasa yang membina jalan datar belahan laut hasil pukulan tongkat Nabi Musa a.s dan menenggelamkan Firaun yang bernama Ramsis II.. Allah telah melakukannya....

Allah lah yang telah menunjuk bukti kenabian nabi kita Muhammad saw dengan bulan terbelah dua hasil mukjizat nabi....

Allah lah yang membawa ombak besar Tsunami ke Acheh, Kuala Muda, Batu Feringhi, Permatang Damar Laut dan banyak tempat lain pada tahun 2004 sehingga ratusan ribu manusia mati ....

Allah lah yang mampu dan berupaya menumbangkan Highland Towers di Bukit Antarabangsa pada 11 Disember 1993 sehingga 48 orang mati termasuk keluarga Musa Hitam....

Maka tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa minggu lepas bukti Allah Maha Perkasa....

Kalau Allah boleh mengazabkan umat-umat terdahulu dalam berbagai cara seperti angin, ribut, petir, bumi dibalikkan dsbnya kerana keengkaran mereka ...... Sudah tentulah Allah boleh mengazabkan umat manusia ketika ini yang engkar kepadaNYA dengan cara yang sama mahupun berbeza... Allah boleh mengazabkan secara 'cash' kepada kita sendiri yang engkar kepadaNYA bukan kepada anak cucu kita nanti....

ALLAH BOLEH MELAKUKAN........ FIKIR-FIKIRKANLAH....

Sirah Nabi dan Sahabat...Rujukan permasalahan umat selama-lamanya..

Assalamu'alaikum.... Pendakwah yang dihormati...

Inilah dia cerita utama....
---Orang-orang suci.. sahabat Nabi yang dimuliakan

Tokoh-tokoh terbilang....
---Sepuluh semuanya.. nama-namanya tetap akan dikenangkan

Awal pertama Abu Bakar namanya....
---Teman di gua cemerlang orangnya.. sering benar diutamakan

Berikutnya Umar....
---Tegas orangnya.. antara hak dan batil pandai membezakan

Kemudian Usman....
---Orangnya lembut.. hingga malaikat maludan memuliakan

Yang keempat Ali....
---Singa Allah.. pabila di medan perang dapat dibuktikan

Merekalah yang dikenal Khulafaur-Rasyidin....
---Orang-orang utama manusia pertama yang patut diingatkan

Pengganti Nabi....
--- Perintahnya ditaati.. peraturannya diikuti dan dianjurkan

Yang lain pula Az-Zubair namanya....
---Orangnya benar mengagumi kebenaran biarpun disalahkan

Juga kawannya Thalhah namanya....
---Orangnya lurus.. jiwanya disediakan untuk dikorbankan

Siapa yang dapat menandingi Abdul Rahman....
---Tidak disimpan semua hartanya habis didermakan

Sesudah mereka Abu Ubaidah pula....
---Perajurit Allah.. jasanya banyak terus dihargakan

Barulah pula Sa`ad namanya....
---Selalu berjuang di jalan Allah tak pernah ditinggalkan

Akhir yang sepuluh Said namanya....
---Yang mengenali Islam lalu mencarinya sebelum diserukan

Muliakanlah mereka ingatlah mereka....
---Hormatlah mereka sanjungilah mereka jangan disesiakan!

Sepuluh yang utama....
---Sahabat yang mulia.. kekal di syurga sudah dijaminkan

Contohilah mereka.. dalam hidupmu....
---Mana yang baik dijadikan tauladan dan diturutkan

Mana yang keliru.. menjadi peringatan
---Jangan dicela.. yang demikian itu tidak disengajakan

Qadhak Tuhan suatu ketentuan....
---Buat kita suatu pelajaran untuk diperhatikan

Semuanya itu.. catitan azali....
---Apakah patut dikomen lagi kemudian ia dipersalahkan?

Jangan terkhilaf.. jangan tersalah....
--- Lidah yang salah badan pula yang akan disiksakan

Itulah pesanan Syariat agamamu....
---Jangan dicaci jangan disesiakan dan jangan dihinakan

Moga-moga dapat keridhaan nabimu....
---Sehingga tergolong kumpulan yang disyafaatkan!

Memohon restu tangan diangkat....
---Supaya doamu segala harapanmu dapat dikabulkan

Tuhan berkuasa senantiasa tahu....
---Apa yang di hati dan apa yang dikata dan diucapkan!

Moga-moga kita dirahmati selalu....
---Supaya semua tergolong orang yang diselamatkan

Dijagai pula dengan kurniaMu....
---wahai Tuhan yang amat diagungkan

Berkat nabiMu penghulu manusia....
---Kita semua dibimbing menuju jalan yang disejahterakan

Salam dan selawat ke atas NabiMu....
---Serta sahabat juga keluarga yang dibahagiakan

Kemudian Tabi'in Tabi' Tabi'in....
--- Orang yang menjejak jalan Nabi yang dibesarkan!

Wassalam.. Moga-moga sama-sama kita mendapat manfa'at dari tulisan ini...

Saturday, December 13, 2008

Penjual minyak unta.... Kota Belanda yang menyeramkan ... Beringat-ingat apabila berjalan-jalan di waktu senja...

Inilah Teluk Dalam Resort

Kota Belanda... Menyeramkan...

Meriam Belanda digunakan untuk menentang serangan Siam..


Kota Belanda tumpuan pelancong


Satu meriam tak cukup untuk menentang Siam...???

  • Salam semua .... Pendakwah yang dikasihi
  • Alhamdulillah.. dah sampai ke rumah kediamanku di Taman Bertam Indah lebih kurang waktu Maghrib semalam, setelah bercuti bersama keluarga di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam... Kami bercuti bersama dengan keluarga Hj Sam, bendahari Cawangan (duit banyak)...
  • Kami menginap di Teluk Dalam Resort yang terletak lebih kurang 2 kilometer daripada Teluk Nipah yang kebiasaannya menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.... Aku tak pernah sampai lagi di Pulau Pangkor sebelum ini. OK ke tak Ok ke, cantik ke tak cantik ke, mahal ke tak mahal ke, aku tak kisah yang penting kami nak bercuti bersama keluarga tahun ini di Pulau Pangkor....
  • Kami sempat melawat pulau2 di sekeliling P Pangkor.... Kami naik banana boat... kami join aktiviti snorkeling.... shopping... berenang... melawat kilang ikan bilis... melawat perkampungan melayu... Kota Belanda... kami sewa kereta, pusing satu pulau. Aktiviti yang paling banyak kami lakukan adalah BEREHAT. Inilah tujuan kami ke Pulau Pangkor. Kami rehat sungguh. Jadi kami rehatlah...
  • Cuma apa yang nak dikongsi bersama ialah ketika kami sampai di kawasan Kota Belanda hampir waktu senja, yang terletak di Teluk Gedung, kami bersembang dengan seorang tua, penjual minyak unta. Kata Pak Cik tu, " Berhati-hatilah ketika ni... sekarang dah waktu dekat2 malam dah... macam2 perkara dah berlaku kawasan ni... ada orang ambik gambar tengok ada tambahan ahli lain yang tak dikenali dalam gambar tu... ada yang kena sampuk... tengok, mana ada orang kampung sini yang keluar bermain2 waktu macam ni... sebab depa dah tau dah tempat ni memang keras sikit....kalau nak beli apa-apa.. beli sekarang .. pak cik pun dah nak balik dah..."
  • Aku pun berbisik dengan Hj Sam ," kita tak boleh lama di sini ".... Lepas tu, kami pun beredar cepat-cepat dari kawasan tu....
  • Jadi, sebagai tazkirah untuk kita semua, eloklah kita beramal dengan ayat-ayat Al Quran sebagai pendinding diri dan keluarga kita setiap masa dalam apa jua keadaan sekali pun. Ketika bermusafir .. di rumah kita... di tempat bekerja... di kawasan2 sunyi yang tak pernah sampai lagi di situ... di rumah kosong yang dah lama tak didiami... di kedai makan... dan di mana2 tempat sekali pun kecuali dalam tandas sebelum masuk ok. Janganlah kita menzalimi kalam Allah ini dengan TIDAK menggunakannya dalam kehidupan kita setiap masa...
  • Maka eloklah kita beristiqamah dengan bacaan Al Fatihah... Ayatul Kursi... 3 Qul.. Inilah bacaan yang paling mudah dan yang paling ringkas, yang mungkin semua kita dapat melaksanakannya... Insya Allah...

Wassalam....


Thursday, December 11, 2008

"AMBOI..BUKAN MAIN NO... NAK MATI DALAM ISLAM TAPI HIDUP TAK MAU IKUT CARA ISLAM..."

  • Salam semua.. Du'at yang dikasihi...
  • Baru-baru ni.. semasa dalam kuliahku di sebuah masjid di kawasan Bukit Mertajam.. Aku berbicara mengenai taqwa berdasarkan sebuah hadith. Dalam hadith ini, Rasululah saw bersabda ketika menyampaikan khutbah "Aku mewasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah dan dengarlah serta patuhlah kepada pimpinan di antara kamu walaupun beliau seorang hamba sekalipun, hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa AlRashidin dan jauhilah daripada melakukan perkara yang bid'ah (bid'ah dholalah)".
  • Semasa makan selepas kuliah dan solat I'syak, seorang sahabat menyapaku, " betullah kata ustaz, la ni ramai orang kita kata nak mati dalam Islam... tapi hidup tak mau ikut cara Islam ".. Ya memang betul.. kenapa jadi macam tu ye... kataku kepada sesahabat sambil makan bersama. Kalau kita berfikir secara logik aqal, bolehkah kita mati dalam dalam Islam tapi hidup bukan cara Islam ?...
  • Kalau kita sedang solat, kita boleh mati ketika solat....
  • Kalau kita sedang makan, kita boleh mati ketika makan....
  • Kalau kita sedang berkebun, kita boleh mati ketika berkebun....
  • Kalau kita sedang berbasikal, kita boleh mati ketika berbasikal....
  • Kalau kita sedang main judi, kita boleh mati ketika main judi....
  • Kalau kita sedang merokok, kita boleh mati ketika sedang merokok....
  • Kalau kita sedang minum arak, kita boleh mati ketika sedang minum arak....
  • Maksudnya apabila kita sedang buat sesuatu perkara atau pekerjaan atau sesuatu aktiviti, kita boleh mati ketika sedang melakukan aktiviti tersebut...
  • Persoalannya sekarang , bolehkah kita mati dalam Islam sedangkan kita tidak melakukan aktiviti Islam semasa hidup kita ...... Tepuk dada tanya Iman...
  • Wassalam

Wednesday, December 10, 2008

Radio ERA.. masjidku.. Sarjan Junaid.. korban.. dan aku

Ini lembu korban Radio ERA

Dapat baju free daripada ERA,, riuh sekampung

begitu berhati-hati


Inilah Sarjan Junaid!!!!



Aku.. semasa memberi ucapan sempena solat Adidil Adha.


  • Assalamua'laikum para Du'at sekelian.... Salam A'idil Adha semua...

  • Bagiku sambutan ibadah korban pada tahun ini amat bermakna sekali kerana aku diamanahkan untuk menyelenggarakan seekor lembu korban di Qaryah tempat tinggalku, Taman Bertam Indah (TBI), Kepala Batas. Pada mulanya dengar khabar dari Pengarah Korban TBI 2008, Sarjan Junaid Ad-Dusuni As-Sikki, hanya 7 ekor lembu yang akan dikorbankan, sehingga aku sendiri terpaksa mengalah dengan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam ibadah korban di TBI, tapi akhirnya 2 hari sebelum 10 Zulhijjah (hari Isnin), terdapat tambahan lagi 2 ekor lembu sumbangan daripada RADIO ERA dan pihak luar . Sarjan Junaid dah pening kepala takut-takut tak terdaya nak mengendalikan ibadah korban yang pertama kali beliau diberi tanggungjawab sebagi pengarah. Manalah tahu kot-kot tak jadi ibadah kot. Jadi benda lain nanti. payah pulak.
  • Sarjan Junaid dan AJKnya bertungkus lumus hingga ke titisan darah lembu yang ke 9. Hebat Jen. Kami semua tabik dekat mu Jen. Dahlah mu jadi pengarah, lepas tu boleh jadi tukang sembelih pulak tu, tukang lapah pun boleh, pendek kata mu semua boleh,. Tahun depan sekali lagi Jen. Boleh jadi pengarah korban Jen. OK tabik semua pada Jen. Kami respect pada mu Jennnnnnn. Ok, jatuh tangan. Lama2 lengoh.
  • Bila tiba pagi hari raya, lebih kurang pukul 8 pagi terpacak, aku dah berada dalam masjid At Taqwa TBI bertakbir bersama ahli Jemaah yang lain. Jam 8.20 pagi, aku sebagai mewakili pengerusi Qaryah memberi sedikit ucapan dan beberapa pengumuman penting kepada ahli Jemaah Aidil Adha pagi tu. Antara lain aku menyeru kepada semua Jemaah untuk sama2 menghayati perkataan 'ADHA' yang tersembunyi di belakangnya satu tuntutan pengorbanan yang tinggi dalam kehidupan ini yang serba sementara ini. Aku juga meminta ahli Jemaah supaya terlibat dalam penyelenggaraan lembu korban selepas selesai sahaja solat A'idil Adha pada hari itu.
  • Tepat jam 9.20 pagi lembu pertama tumbang dengan pisau tajam Sarjan Junaid dengan diiringi laungan takbir. Allahhhhu Akbar.... Allahhhhu Akbar...Lepas tu satu.. satu... lembu tumbang. Boleh dikatakan para petugas setiap lembu tu hebat-hebat belaka. Aku je yang rasa macam 'terkebelakang' sedikit. Memang pun aku tak biasa langsung dengan kerja2 macam ni walaupun jiran belakang rumah di kampung dulu bela lembu tapi habuk pun tarak tau pasal ilmu' lembu' ni.
  • Aku pula tanpa pengetahuanku telah diamanahkan untuk mem'proses' lembu no 8 yang disumbangkan oleh RADIO ERA RENTAK MUZIK TERKINI. Ketuaku sdr Bang Mie AlBalinji dan ahli lain yang aku ingat Hj Johari Omar, Aman, Pak Long import, Hj Ezam dan 4 yang lain yang aku tak ingat nama. 10 orang pelekoh sekoq lembu. Mampuih. Nak buat macam mana. Semua semi Amatur. Aku pun tak tau macam mana aku kena proses lembu ERA. Ada kawan2 kata, Hang ketua P..... TBI, macam mana ni.... Aku jawab, aku tak kira... lembu sapa pun.. aku rembat... aku nak proses sampai selesai.. Aku nak belajag daripada Sarjan Junaid pasal lembu...
  • Selepas sahaja lembu ERA ni tumbang jam 10 pagi, bermulalah episod tarik menarik lapah melapah takek menakek tetak menetak . Aku kena lapah bahagian belakang. Ada bahagian2 tertentu aku tak berani nak pegang. Tak tau pasai apa. Pisau pulak pisau hiris bawang aje yang aku guna. Hj Jo pun sama jugak. Aku enjoy sungguh, diselang seli pulak dengan usik mengusik kekawan yang menjadi penonton setia melihat gelagat kami . Wakil2 ERA pun tolong sama termasuk 2 orang 'puteri' yang sentiasa mengambil 'photo' candid kami semua. Sambil melapah sambil berposing. Berposing sakan depa. Depa la aku tak. Aku tak kisah. Aku buat kerjaku. Aku dan kekawan sentiasa sedar kami melaksanakan satu ibadah yang dituntut oleh agama. Kami sentiasa terbayang bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A'lahimassalam.
  • Dipendekkan cerita, yang aku respect kat kekawan group aku tu, tepat pukul 11.30 pg dah clear hanya tinggal kulit kat tempat sembelihan. Kulit pun tak la terkoyak tercarik macam group lain. Elok aje.. (masuk bakul angkat sendiri). nak buat macam mana orang lain tak puji. Komponen2 lain dah diangkat ke bawah khemah. Aku dan Hj Jo rasa cukup lega dan puas hati dan kami pun pi pekena pulut ikat kering dan ayag teh. Rasa puas sungguh raya korban tahun ni. Lepas tu, aku sambung balik kerja, bahagi daging, tulang untuk diagih-agih kepada mereka yang berhak. Wakil ERA lepas tu, bagi 'cenderahati' pulak kat group kami. Kumpulan lain jangan jeolous ye... Kami dapat dua helai baju T hari tu. Satu masjid bagi satu lagi ERA bagi. Nak buat macam mana .. Rentak Muzik Terkini . Lebih kurang pukul 12.30, semua dah selesaai, kami pekena pulak nasik merah daging kambing aqiqah cucu Pak Ak, Tok Siak Masjid.
  • Di sebalik cerita ini aku kena belajar banyak lagi perkara-perkara yang ada kaitan dengan kerja2 sosial.... Maklumlah... Anak bapak... Aku juga kagum dengan aktiviti2 masjidku sehinggakan RADIO ERA ter'hingin' memilih masjidku antara 5 masjid di Malaysia bukan di Kepala Batas tau, untuk dilaksanakan ibadah korban... Hebat Masjid At Taqwa... Masjidku...
  • Sekian .... Wassalam...

Monday, December 08, 2008

DI SEBALIK WAJAH EIDUL ADHA ITU....

Assalamua'laikum.... Pendakwah yang dikasihi sekelian...
Dua tahun yang lalu, ketika umat Islam di Malaysia menyambut ibadah Eidul Adha, aku berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina, menunaikan haji. Berada di sana, tak terasa sangat sambutan seperti mana di Malaysia. Hanya memikirkan rukun2, sunat2 dan amalan haji sahaja. Satu persatu diteliti hingga aku menyelesaikan rukun Islam yang ke lima itu dengan sempurna. Moga-moga aku mendapat haji yang mabrur. Aminnnn.
Saat dan tika ini aku berada dengan kekawan dan sesahabat di Taman Bertam Indah bersama-sama meraikan sambutan Eidul Adha 1428H/2008M . Ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan diberi perhatian oleh kita semua sebagai pendakwah dalam kita melalui EIDUL ADHA sebagai ibadah yang terbaik disisi Allah Azzawajalla.
  1. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terkenang kepada kisah pengorbanan yang maha hebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A'laihimassalam dalam menunaikan perintah Allah 'Azzawajalla.
  2. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terbayang-bayang dalam kotak fikiranku perjuangan maha hebat Rasul rasul Allah berhadapan dengan kaum mereka sendiri dalam menegakkan Aqidah Islam di Atas muka bumi ini. Nabi Hud dengan kaum 'Ad. Nabi Syuiab dengan kaum Madyan di pinggiran negeri Syam. Nabi Saleh dengan kaum Tsamud. Nabi Ibrahim berhadapan dengan Raja Namrud. Nabi Lut berhadapan dengan kaumnya sendiri yang bernama Sadum. Nabi Musa berhadapan dengan kerajaan Firaun Ramsis II. Nabi Muhammad SAW sendiri berhadapan dengan tentangan puak Quraisy dan Munafiqin Madinah.
  3. Di sebalik wajah Eidul Adha, itu terpancar wajah-wajah berseri sahabat2, tabien2, Itbau'ttabien, Safussaaleh dan A'lim Ulamak yang berjuang demi menegakkan Islam dalam kehidupan manusia. Cintanya mereka kepada Islam ini melebihi segala2nya.
  4. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terkenang kepada umat Islam lampau yang bertungkus lumus memepertahankan negara mereka daripada terus dijajah oleh golongan Mustakbirin yang terdiri daripada British, Sepanyol, Itali, Perancis, Belanda dan sebagainya.
  5. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terbayang bagaimana Alim Ulamak di Malaysia ini dengan kudrat yang ada menubuhkan sekolah2 pondok sebagai tempat pengajian Islam dan menerapkan ilmu agama dalam kehidupan mereka.
  6. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, tergambar bagaimana datuk nenek moyang kita di Malaysia yang terpaksa berkampung di atas kapal Malaysia Raya berbulan-bulan untuk ke Mekah menunaikan haji.
  7. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, teringat bagimana umat Islam terdahulu menabung bertahun-tahun lamanya mengumpulkan perbelanjaan dengan berbagai cara yang halal semata-mata ingin menyahut panggilan Baitullah.
  8. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, takbir berkumandang selama 5 hari bermula 9 Zulhijjah lagi iaitu hari ketika umat Islam wuquf di Padang A'rafah.
  9. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, seorang daripada ahli keluarga rumah kita akan melaksanakan ibadah korban.
  10. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, ribuan binatang an'am dikorbankan di Malaysia ini.
  11. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, daging korban diagih-agih kepada fakir miskin, jiran tetangga dan sanak saudara.
  12. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, perjuangan menegakkan Islam dalam kehidupan di Malaysia mesti diteruskan.
  13. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terdapat kumpulan mungkar dan biadap yang tak habis-habis cuba mencari pasal dengan pembawaan budaya dan fahaman liberal mereka.
  14. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terbayang betapa perlunya kesatuan yang jitu di kalangan pendokong Islam di Malaysia ini dalam menegakkan sebuah masyarakat yang sentiasa beramal dan meyakini Islam adalah way of life.
  15. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, masih ramai di kalangan umat Islam yang masih buta agama.
  16. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, masih ramai Umat Islam yang tidak mengerjakan solat, tidak tahu membaca Al Quran yang tidak menghargai Islam yang ada pada mereka.
  17. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terasa gementar hati ini apabila melihat suasana jenayah yang semakin hari semakin bertambah.
  18. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, rasanya macam nak menangis terkenang kepada nasib pemuda/i dan remaja/i dewasa ini yang jauh daripada Islam.
  19. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, pemimpin negara masih bermain-main dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
  20. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, hukuman Allah bukan kepada anak cucu kita pada masa akan datang tetapi sebenarnya hukuman Allah adalah berbentuk cash kepada kita yang melakukan maksiat.
  21. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, sebenarnya wujud satu pengorbanan (tadhiah) yang maha maha tinggi dalam mengharungi hidup yang serba sementara ini.

Maka , di sebalik perkataan 'adha' itu yang terdapat pada hari raya 'korban' itu, tersembunyi 'tadhiah' yang tinggi daripada anda semua sebagai pendakwah yang sentiasa merasai sedang ditarbiyah.

Sekian buat kali ini... Wassalam...

Thursday, December 04, 2008

GAYA SEORANG DATO' MADE IN MALACCA

Dato' ni laku jugak ye...

Betul ke SRK beragama Islam?

Salam semua... Anda lihat gambar-gambar ini.. Beliau adalah seorang Dato' yang gelaran ini diterimanya daripada Negeri Melaka.. Sekarang ini beliau dalam perjalanan daripada Mumbai ke Malaysia untuk menerima gelaran tersebut. Satu majlis penganugerahan ringkas akan diadakan pada hari Sabtu ini. Melaka hebat... Saiful Apek bila nak dapat Datuk? Kesian dieee...


Betul ke gelaran ini adalah cadangan daripada Daim?
Untuk dapatkan undi pencalonan Timbalan Presiden ke?

Serban besar mana pun, gelaran itu tetap dipertikai?

Idola, Ikon PENYESAT Aqidah Ummah

Idola, Ikon PENYESAT Aqidah Ummah


Salam perjuangan.... Pendakwah yang dihormati..



Alhamdulillah, puja puji hanya berhak dan layak dipersembahkan kepada Allah Taala, Pencipta dan Pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga, para sahabat serta mujahidin mujahidat yang telah berjuang untuk menegakkan cara hidup Islam di dalam segenap segi kehidupan mereka.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah, pada kali ini mari kita melihat betapa bahayanya ` penyesatan-penyesatan bentuk baru` yang berligar serta berkisar dalam masyarakat ummah dewasa ini. Istilah-istilah seperti idola, ikon dan sebagainya yang sering digunapakai generasi kini, tanpa menyedari dan mengetahui hakikat sebenar istilah tersebut atau hanya terikut-ikut telah memerangkap dan mengundang ke arah tergelincirnya aqidah ummah dan generasinya. Kalimah idola diambil daripada ‘idol’ istilah bahasa Inggeris yang bermakna patung, berhala, pujaan, di mana ‘idola’ ialah seseorang atau sesuatu yang disanjung berlebihan, dipuja dan didewa-dewakan.



Idola membawa maksud ‘manusia sembahan’ generasi kini, idola suatu kalimah ‘jahat’ yang tidak bertanggungjawab dan tidak terikat dengan tuntutan mengikut kebaikan. Ia adalah ucapan yang terbit daripada runtunan hawa nafsu dan perasaan menyanjungi, mendewa-dewakan atau terlampau menyukai seseorang samada penyanyi, pelakon, pemerintah yang berkuasa atau bangsa-bangsa yang sesat ( yang dianggap maju) hatta tok-tok guru dan alim ulama’ sendiri. Lantas idola itulah menjadi ikutan ataupun tempat menggantung harapan tanpa menoleh adakah kebaikan atau keburukan, kebenaran atau kebatilan yang dipersembahkan. Sesungguhnya mereka ini akan menyesatkan pengikutnya, pemujanya dan penyanjungnya tetapi mereka akan berlepas diri apabila berhadapan dengan pengadilan Allah SWT di akhirat nanti.



Hakikatnya kalimah ini telah diperangi oleh Islam lebih 1400 tahun yang lalu daripada menguasai pemikiran, perasaan dan aqidah ummah ketika itu di mana pada masa itu mereka menjadikan berhala, patung, batu, orang bangsawan, pemimpin kenamaan dan sebagainya sebagai ‘idola’ sembahan dan pujaan. Sedangkan di dalam Islam, Rasulullah SAW sendiri yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT bukanlah diangkat untuk menjadi manusia pujaan (pujaan hanya untuk Allah) dan idola ummah bahkan Baginda adalah qudwah atau uswah (bukan disebut idola ), sumber suri tauladan yang mulia menjadi petunjuk kepada jalan kebenaran dan pemberi peringatan kepada semua manusia supaya mengingkari sebarang penyembahan dan pemujaan kepada selain daripada Allah.



Sesungguhnya ‘trend’ pemujaan idola terutamanya artis-artis dikalangan remaja dan muda-mudi Islam seluruh dunia sudah termaklum dan amat membahayakan kepada aqidah dan akhlak generasi ummah. Ia bukanlah satu kebetulan , tetapi ia adalah perancangan jahiliyyah antarabangsa bagi menyesatkan dan melalaikan ummat Islam seluruh dunia dengan mewujudkan idol-idol peringkat global atau tempatan - Malaysian idol, Indonesian idol hatta Afghanistan yang beberapa tahun baru ‘dimerdekakan’ oleh jahiliyyah telah berjaya meraikan kelahiran idol Afghanistannya beberapa bulan yang lalu dengan disaksikan oleh berjuta muda-mudi ‘generasi baru’ walaupun idol wanitanya masih lagi tidak dapat melepasi benteng ummah. Bukan idol peringkat dewasa sahaja yang dicungkil dan diukir bintangnya bahkan di peringkat kanak-kanak pun tidak ketinggalan dengan bintang kecil atau idola cilik dan sebagainya. Siapakah yang kita akan harapkan menangani permasalahan yang meruncing dan menyesakkan dada ibu bapa muslim hari ini…???????



Kenapa perlu saya sebut di sini adalah kerana perkara yang lebih malang lagi, apabila budaya pemujaan terhadap idola ini telah menular dan meresap masuk ke dalam gerakan ummat Islam dewasa ini, di mana ahli-ahlinya telah dibiarkan terjurus kepada pemujaan pemimpin-pemimpin dan tok-tok guru atas dasarkekaguman, fanatik, taasub atau terlampau menyanjungi sehinggamenutupi dan mengaburi kebenaran.



Mereka tidak diajar untuk menggunakan aqal secara sihat dan berfikir secara terbuka dan matang, yang mereka tahu hanya menganjur program yang stereotaip, rasmi di sana potong riben di sini , jamuan makan dan sampaikan hadiah. Semuanya melali dan menidurkan aqal, natijahnya telah memberi kesan kepada perjuangan ummah yang selama ini diasas dan dibina atas dasar perjuangan Islam mudah terpesong dari landasannya kerana tuntutan ‘Islam sebagai agama nasihat menasihati’ dalam membina Hadharah Islamiyyah dan mengangkat katamadunan manusia tidak dapat dilaksanakan sebaiknya apabila perasaan ini telah menguasai sebahagian ahli dan pemimpinnya.



Kesan fenomena ini boleh kita lihat kepada 2 pihak yang terlibat, di mana pengikut atau golongan bawahan maupun pimpinan peringkat pelapis yang memuja dan menyanjung pemimpin mereka ini (samada secara ikhlas atau ada udang di sebalik batu) akan mewujudkan golongan yang berjiwa kerdil dan pengecut untuk menyatakan kebenaran, takut terlepas peluang dalam kepimpinan, takut disisihkan atau memberi alasan mudah wala’ kepada pemimpin maka akan terungkai dan terburailah pengharapan yang mutlak yang wajib digantungkan kepada Allah SWT dan pudarlah semangat mempertahankan hakikat perjuangan Islam. Ini terbukti apabila salah seorang kepimpinan pemuda yang bersuara lantang apabila ditanya tentang sikapnya terhadap pimpinan atasan apa yang dijawabnya mereka semua adalah idola saya. Jadi apalah yang boleh kita harapkan kepada mereka untuk menyelesaikan permasalahan ummah, aqidah, akhlak, pemikiran ummah yang diserang bertubi-tubi oleh jahiliyyah sekiranya mereka sendiri telah terperangkap oleh muslihat jahiliyyah.



Manakala di pihak yang menjadi idola pula, virus ini telah men‘zauq’kan (karam) pemimpin-pemimpin ini hingga terlupa diri di mana bumi sepatutnya dipijak tetapi terangkat kaki ‘terawang-awang’, sudah tidak pandai menghargai wala’ yang diberikan ummah, teraju perjuangan yang diamanahkan ummah dipermainkan apabila keputusan-keputusan yang diputuskan bukan untuk kemaslahatan ummah lagi, wadah perjuangan ummah dianggap seperti hak peribadi boleh mempersilakan keluar sesiapa sahaja yang tak berkenan dihati.

Malang sekali kepada perjuangan ummat Islam dan generasi ummah akan datang sekiranya perkara ini diizinkan berterusan ……Justeru itu ummah yang ada kesedaran perlulah bertindak membenteras gejala yang merosakkan aqidah serta akhlak ummah ini, sebarang ungkapan, kenyataan atau soalan berkaitan idola, ikon dan sepertinya ini perlulah dihentikan penggunaannya.



Inilah 3 faktor yang telah disebut oleh Sayyid Abul A’la AlMaududi Rahimahullah yang akan menyesatkan aqidah ummah iaitu :


1) Mengikut hawa nafsu atau kemahuan sendiri.

2) Mengikut adat kebiasaan tanpa berfikir.

3) Kepatuhan dan pemujaan kepada selain Allah SWT



Akhir sekali marilah saudara ummahku muslimin serta muslimat, kita gerakkan kembali hakikat perjuangan Islam dengan mengembalikan segala asas-asasnya dalam membina kehidupan kita, biarpun dibenci oleh hawa nafsu sendiri dan para tirani, bangunlah dari mimpi indah yang menipu dan memukau perasaanmu.



Sekian salam perjuangan dari Ummu el-Husna.


ISLAM DI KANDANG SALAH

Assalamu'alaikum... Du'at yang dihormati..

Sebagai PSU PUMPP, saya menyeru kepada anda dan mereka yang amat2 menghendaki untuk hidup dan mati dalam Islam, sama2lah menyertai program ini pada hari sabtu ini 6hb Dis, hari sabtu di Masjid Seberang Jaya.

Islam Di Kandang Salah tajuk wacana undang-undang ini menimbulkan banyak persoalan dalam kotak minda kita semua.. Eloklah hadir dalam suasana Islam pada hari ini menghadapi serangan bertubi-tubi dari segenap penjuru. Mai jangan tak mai.

Wacana Islam & Undang-undang: Islam di Kandang Salah

Anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP)

Dewan Seminar 1, Masjid Jamek Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang

6 Disember 2008

Tiada yuran dikenakan ...

Tentatif:

8.30 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi: Ucapan aluan & perasmian pembukaan – Prof Madya Dr. Fadlullah Jamel (NYDP PUMPP)

9.30 pagi: Sesi 1:

1) Abd Halim Bahari (Peguam Syar'ie) – Undang-undang Menyokong Kesesatan? & kes Rasul Melayu Kahar Ahmad dan Ayah Pin (1 jam)

2) Azril Mohd Amin (NYDP ABIM) –Pluralisme Agama & kes penggunaan nama Allah oleh akhbar Kristian (1 jam)

3) Ustaz Hafiz Nordin (BADAI) – Hak Berkumpul dan Bersuara & kes demonstrasi Artikel 11 (1 jam)

12.30 pagi: Soal jawab sesi 1

1.00 ptg: Rehat & Makan tengahari

2.30 ptg: Sesi 2:

1) Prof Madya Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Nor (YDP PUMPP) – Konflik Syari'ah dan Perundangan (1 jam)

2) Hj Mahamad Naser Disa (Syeksen Syari'ah, Jabatan Peguam Negara) – Sorotan Kes-kes Terkini Berkaitan Dengan Syari'ah dan Pentadbiran Islam (1 jam)

4.30 ptg: Soal jawab sesi 2

5.30 ptg: Bersurai


Sekian Wassalam

Wednesday, December 03, 2008

ANTARA PERJUANGAN , PENGORBANAN & WADAH

Antara Perjuangan, Pengorbanan & Wadah
oleh Ibn Ramadhan

Dengan memohon taufiq serta hidayah dariMu ya AlLah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam terhadap Rasul Junjungan Muhammad SAW serta kaum keluargamu yang dikasihi seterusnya kepada semua para sahabat yang bagaikan bintang-bintang menghiasi kegelapan malam hari. Terasa begitu cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita, bagaikan baru semalam buletin al-Hadharah keluaran pertama menyapa khalayak pembacanya, rupa-rupanya bulan Zulhijjah ini telah memasuki bulan ke-6 dari usianya. Walau apa pun penerimaan khalayak ummah, setinggi-tinggi kesyukuran pihak kami panjatkan kepadaMu ya Rabbi di atas segala ketentuan dariMu ini.

Saudara-saudaraku kehidupan di dunia fana ini akan terus berjalan tanpa memperdulikan sesiapa pun, sampai tempoh masa yang ditentukan ILahi kepada setiap orang atau mahkluk tersebut akan bertemulah ia dengan noktah atau pemberhentian atau kematian atau kemusnahan atau kehancuran kerana itulah selayaknya kepada sesuatu yang bersifat `baharu` di alam fana ini. Setiap mahkluk tersebut, terutamanya kita wahai saudara-saudaraku ! Kitalah yang seharusnya memastikan setiap detik kehidupan yang kita lalui ini bermanfaat untuk perjuangan yang telah kita sepakati dan yakini akan kebenarannya, yang mampu memberikan kebahagian di dunia serta di akhirat nanti.

Bila membicarakan perjuangan, ia bukan lagi ikut-ikutan atau mengisi masa terluang atau menjangkakan perkembangan-perkembangan politik semasa. Itu semua `perjuangan` bagi mereka yang keliru dan tak tahu apa yang hendak diperjuangkan dalam masa yang cukup suntuk serta terbatas ini. Sebenarnya kita sebagai ummat Islam tidak punya banyak masa untuk berteori dan berkhayal melayani kehidupan mereka yang tidak yakin dengan adanya akhirat. Ummah tidak punya masa untuk dibazirkan waktu serta segala potensi ummah bagi mengikut dan menjayakan agenda musuhnya atau mereka yang tidak yakin tersebut. Perjuangan bagi ummat Islam ialah apabila hadirnya makna keimanan kepada Pencipta dan Pentadbir sekelian alam ini di dalam jiwa mereka, lalu membuahkan keyakinan yang akan dipegang dan diperjuangkan dalam seluruh kehidupannya samada secara peribadi ataupun bermasyarakat, dengan mengambil contoh utusan AlLah, iaitu RasululLah SAW dan para sahabat Baginda serta mereka yang mengikut akan mereka itu sampailah ke hari terakhir bagi kehidupan di alam sementara ini.

Bagi ummat Islam, perjuangan juga ialah keyakinan dan kehidupan yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk membina hadharah hari esok, yang pastinya Hadharah Islamiyyah, seperti yang pernah tertegak di atas mukabumi AlLah ini suatu waktu dahulu. Hadharah hari esok akan lebih cepat sampai dan dapat khalayak ummah memiliki jika semua kita memulakan perjalanannya hari ini. Teruja saya akan kepetahan Si anak kecil Johan Khutbah Ihtifal PASTI Kebangsaan sebulan yang lalu. Kata Si khatib -

`Jika kamu merancang untuk setahun yang akan datang, cukup dengan menanam padi ! Jika kamu merancang untuk sepuluh tahun yang akan datang, cukup dengan menanam pohon-pohon ! Tetapi jika kamu merancang untuk 100 tahun yang akan datang ! Maka didiklah anak-anak generasimu hari ini mengikut acuan yang kamu inginkan.`

Hadharah hari esok bagi setiap ummah itu bermula dari titik atau garis permulaannya hari ini dengan kata lain ketika dan saat ini, yang kita hidupkannya bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran kerana AlLah.

Perjuangan yang haq dan panjang pasti membutuhkan perancangan serta pengorbanan dari setiap pendokong-pendokongnya. Firman AlLah bermaksud; ` Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang sederhana jauhnya pastilah mereka mengikuti kamu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.` - at-Taubah 42.

`Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya( beriman) kepada AlLah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan AlLah. Mereka itulah orang-orang yang benar.` al-Hujurat 15.

`Jika kamu meminjamkan kepada AlLah pinjaman yang baik, nescaya AlLah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan AlLah Maha Pembalas jasa lagi Maha Penyantun.`- at-Taghaabun 17.

Untuk sampai kepada kemampuan melakukan pengorbanan sepertimana yang dituntut oleh agama Islam dalam perjuangan kita, tidak dapat tidak mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi serta ikhlas hanya untuk AlLah Azzawajalla. Pengorbanan mungkin sesuatu yang mudah dan selalu di sebut, terutamanya apabila untuk orang lain atau pihak bawahan yang ditagih melaksanakannya. Pengorbanan menjadi terlalu sukar malah sering dilupakan begitu saja apabila diri sendiri atau pimpinan atasan sepatutnya memulakan. Saudara-saudaraku sebenarnya itulah rahsia yang tersirat di sebalik kalimah `pengorbanan`.

Pengorbanan Nabi Ibrahim as, pengorbanan Ismail as, dan pengorbanan Hajar ra bukanlah semudah kita mendengar segala kisah-kisah mereka. Pengorbanan yang terpaksa mereka pasrahkan demi sebuah keyakinan tuntutan penghambaan kepada AlLah SWT. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW, pengorbanan kaum keluarga ahlul-bait dan pengorbanan seluruh generasi sahabah demi melengkapkan sebuah keyakinan laiLahaillalLah MuhammadurrasululLah. Semuanya ini terakam sebagai bukti dan saksi yang terus hidup di dalam jiwa mereka yang dihidupkan oleh AlLah dengan keyakinan sebagaimana yang diperintahkanNya.

Begitulah sebenarnya saudara-saudaraku lumrah kehidupan yang AlLah SWT ciptakan di dunia fana ini sentiasa menuntut ia akan pengorbanan bagi menguji keyakinan para hambaNya yang benar-benar beriman dengan hari akhirat. Ada kalanya pengorbanan tersebut terlalu mahal harganya mengikut kacamata biasa nilaian dunia, tetapi insyaAlLah akan ada manusia yang beriman tetap menyahut tuntutannya sebagai hambaAlLah di sepanjang masa. Firman AlLah bermaksud ;

`Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu.`
- Az-Zaariyat 56.

` Sesungguhnya AlLah telah membeli dari orang-orang Muslim, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…` - at-Taubah 111.

Dalam suasana dunia yang sudah tidak ada Nabi dan para Rasul untuk membimbing kita ummat akhir zaman, supaya menjadi hamba yang sebenar kepada Tuhannya. Maka amanah kenabian tersebut akan dipikul oleh Jemaah Islam ataupun Harakah Islam yang benar-benar menepati ciri- ciri dan sifat-sifat para Nabi dan Rasul alaihimussalatuwassalam. Itulah wadah yang akan menjadi harapan ummat marhaen, pembela para mustada`fin, penolong fuqara wal masakin, pembimbing para mukhlisin, penunjuk jalan kebenaran kepada a`bidin serta a`milin dan teman rapat kepada para mujahidin serta solehin. Wadah ini digeruni oleh kuffar dan mustakbirin, dimusuhi oleh para fasiqin dan munafiqun serta dibenci oleh para zalimun dan jahilun.
Firman AlLah bermaksud : ` Muhammad itu adalah utusan AlLah dan pengikut-pengikut yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama orang-orang mukminin…al-Fath 29.
Sekian, dari - Ibnu Ramadhan.